Jabatan Farmasi Hospital Taiping diselia oleh Ketua Pegawai Farmasi dan bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital dalam pengendalian fungsi dan aktiviti farmasi. MISI Menerajui pengurusan ubat yang berkualiti melalui tenaga kerja yang profesional bagi menjamin kesihatan pengguna pada tahap optima OBJEKTIF Untuk memastikan Penjagaan Farmaseutikal secara menyeluruh diberi melalui bekalan ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan digunakan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan dan juga pesakit secara rasional PIAGAM PELANGGAN Jabatan Farmasi berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan : 1.Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima 2.Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan
Jabatan Farmasi