1. Mengurus dan mengawal peruntukan agar perbelanjaan tidak melebihi peruntukan. Ini adalah temasuk penyediaan Bajet Review dan Anggaran
Belanjawan Tahunan.
2. Menguruskan pembayaran bil dan tuntutan dalam masa 7 hari dan memastikan AP58(a) terkawal
3. Menguruskan pembayaran emolumen kakitangan
4. Memastikan semua prosedur dan peraturan kewangan, perakaunan dan perolehan dipatuhi sepenuhnya.
5. Memastikan semua rekod kewangan dikemaskini dan diselenggara dengan baik.
6. Menguruskan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer kakitangan hospital.
7. Menguruskan permohonan sara ubat kakitangan Hospital
8. Menguruskan perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan yang tidak melibatkan Ubat, consumablesdan bahan mentah bagi keperluan
Jabatan Dietetik Sajian.
9. Memastikan penggunaan sistem eperolehan melebihi 70% daripada jumlah transaksi perolehan yang dibuat.
10. Bertanggungjawab menerima dan mengurus semua bayaran berkaitan dengan caj-caj yang dikenakan kepada pesakit luar dan dalam
mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Akta Fi 1951, Perintah Fi (Perubatan) 1982, Perintah Fi (Perubatan) Pindaan 2003, Perintah
Am Bab “F”, Pekeliling-pekeliling Kewangan dan pindaan-pindaan yang dikeluarkan selepas itu serta pekeliling-pekeliling berkaitan.
11. Memastikan jumlah tunggakan bil hospital tidak melebihi 25% sebulan.
12. Mengutip deposit mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi pesakit yang mendaftar sebagai pesakit dalam.
13. Memberi perkhidmatan dan layanan yang cekap dan mesra kepada pesakit dan pelanggan.
14. Memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan anggota berteraskan amalan nilai-nilai murni.