Jabatan Oftalmologi yang terletak di tingkat satu Bangunan Poliklinik merupakan pusat rujukan perawatan mata bagi kawasan utara negeri Perak. Ini termasuk daerah Larut, Matang dan Selama serta Kerian. Selain itu perkhidmatan Jabatan Oftalmologi juga meliputi Daerah Kuala Kangsar, dan Daerah Hulu Perak, termasuk Kedah Selatan iaitu Selama Kedah, dan kawasan yang berdekatan. Jabatan Oftalmologi sentiasa menyusun strategi dalam mempertingkatkan rawatan oftalmik pesakit dan menjadi nadi utama dalam penerimaan kes-kes perawatan mata termasuk memberi perkhidmatan kes-kes kecemasan bagi anggota yang bertugas di atas panggilan (on-call). Jabatan ini telah berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan dan juga memastikan aktiviti-aktiviti berlandaskan pelan strategi jabatan berjalan lancar sepanjang tahun . VISI Ke Arah Oftalmologi Sempurna MISI Untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan dan diagnosis yang tepat, berkesan, mencukupi serta memuaskan pesakit yang memerlukan rawatan kepakaran dan susulan. OBJEKTIF PIAGAM PELANGGAN Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan seperti berikut : Rawatan pesakit luar mata dikendalikan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Jumaat, manakala bagi kes-kes pemeriksaan sebelum pembedahan diberi temu janji pada hari Isnin dan Khamis. Bagi kes ulangan temu janji diberi mengikut temu janji pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat. Rawatan kecemasan pesakit mata diberikan setiap hari bekerja di klinik mata di mana seorang pegawai perubatan mata atas panggilan ditempatkan di sana. Pesakit yang membawa surat rujukan atau pesakit mata yang memerlukan rawatan segera akan dilihat secara terus oleh pegawai perubatan mata. Kes-kes kecemasan di luar waktu pejabat akan dirujuk terus kepada pegawai perubatan yang bertugas di atas panggilan (On-Call) oleh klinik kesihatan atau melalui Jabatan Kecemasan hospital berdekatan. Dikendalikan di wad D3 dan C5 di mana pesakit dimasukkan untuk pembedahan dan rawatan selanjutnya. Rawatan pembedahan dilakukan secara elektif ataupun kecemasan mengikut jenis-jenis masalah mata. Ia juga boleh dilakukan secara bius setempat dan bius am. Pakar akan berbincang dengan pesakit berkenaan rawatan pembedahan yang terbaik untuk pesakit. Pembedahan elektif diadakan tiga kali seminggu iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis setiap minggu. Pembedahan elektif boleh dipilih untuk dijalankan secara rawatan pesakit dalaman atau kemasukan hari pembedahan (day surgery admission). Jenis-jenis rawatan laser yang terdapat di jabatan ini termasuk Argon Laser dan YAG Laser. Semua kes mata yang dirujuk ke Hospital Taiping mesti disertakan dengan surat rujukan. Pada waktu pejabat semua kes rujukan akan dikendalikan oleh klinik kecemasan Oftalmologi. Kes-kes yang dirujuk dari jabatan atau unit lain, klinik-klinik kesihatan atau klinik swasta akan disaring dan diberi rawatan atau temu janji mengikut keseriusan penyakit yang dihidapi pesakit. Kes-kes kecemasan yang hendak dirujuk perlu berbincang terlebih dahulu dengan pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan. Perkhidmatan yang diberi adalah seperti berikut: Lawatan pakar dilakukan sekali sebulan di Hospital Selama dan Parit Buntar mengikut tarikh yang telah ditetapkan. MASA / HARI 8.00 pagi - 1.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang ISNIN SELASA · Klinik Ulangan & Kes Baru · Klinik Ulangan & Kes Baru RABU KHAMIS MASA / HARI 8.00 pagi – 12.15 tengah hari 2.45 petang – 5.00 petang JUMAAT · CME Jabatan · Kes-kes Kecemasan sahaja
Menyediakan pendidikan dan pembelajaran berterusan melalui CME jabatan dan hospital untuk kakitangan jabatan.
Jabatan Oftalmologi