Klinik Pakar Pediatrik Perkhidmatan Klinik Pakar Pediatrik dilaksanakan 5 hari seminggu. Jumlah kedatangan ke klinik ini telah berkurang sebanyak. Pengurangan ini disebabkan ramai pesakit dirawat di Klinik Lawatan di Hospital Parit Buntar, Kuala Kangsar dan Selama. Terdapat juga pengurangan pesakit dengan Prolonged Jaundice yang kini dirawat di Klinik Kesihatan. Pusat Jagaan Harian (Daycare) Perkhidmatan ini telah dimulakan pada 1 April 2008 bertempat di sebuah kubikal di wad C1. Pesakit yang menerima rawatan di sini termasuklah pesakit Thalasemia yang mendapatkan perkhidmatan di pusat ini bagi tujuan pemeriksaan, pengambilan dan transfusi darah. Perkhidmatan lain termasuk pengambilan darah, prosedur pengambilan urine, pemberian kemoterapi, penjagaan catheter, sedation dan sebagainya. Wad Pediatrik (C3) Wad ini mempunyai 30 buah katil di mana 4 katil adalah katil HDU.
luar klinik pakar kanak-kanak dijalankan setiap pagi Isnin hingga Jumaat. Manakala, klinik khas seperti klinik Obesiti, SCAN, remaja serta klinik HIV dijalankan
pada waktu petang sekali dalam sebulan. Klinik Subspecialty termasuk Klinik Neurology, Klinik Adolescent dan Klinik Penyakit Berjangkit dijalankan bersama
pakar-pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh setiap 3 bulan. Di sampingitu, lawatan Pakar ke Hospital Kuala Kangsar, Parit Buntar dan Selama diadakan
untuk mempastikan pesakit mendapat khidmat pakar dan susulan.Klinik walk-in untuk pesakit baru pada hari Jumaat diteruskan dengan penumpuan kepada
pesakit bermasalah pembelajaran. Rawatan day care diperluaskan untuk melakukan prosedur dan pesakit tidak perlu ke wad C3/B3 atau klinik dan ini
melancarkan perjalanan perkhidmatan.
kakitangan sokongan yang terdiri dari Ketua Jururawat, Jururawat terlatih, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perubatan Kesihatan
Jabatan Pediatrik