SUKARELAWAN UNTUK KAJIAN VAKSIN COVID-19

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 akan bermula pada 21 Januari 2021 di sembilan (9) buah Hospital KKM di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal (Clinical Research Centre - CRC) masing-masing.
Kajian klinikal yang pertama dilakukan di Malaysia ini dijangka akan melibatkan seramai 3,000 sukarelawan dan Malaysia bakal
menjadi negara pertama di luar negara China untuk kajian calon vaksin inactivated COVID-19 vaccine buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS) ini.
Kesemua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika dari Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan akhir sekali, Clinical Trial Import License (CTIL) dari NPRA telah diperolehi pada 8 Januari 2021.

SILA HUBUNGI CRC HOSPITAL TAIPING DI TALIAN : 0198546373

 

Vaksin