SIARAN MEDIA
MAKLUMAN PERPINDAHAN KLINIK PAKAR PEMBEDAHAN
DAN PEDIATRIK HOSPITAL TAIPING
Hospital Taiping ingin memaklumkan pertukaran lokasi Klinik Pakar Pembedahan dan Klinik Pakar Pediatrik kami dari bangunan poliklinik ke lokasi baharu mulai 1 Disember 2020 bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf bangunan poliklinik.
Untuk makluman, Klinik Pakar Pembedahan (SOPD) akan beroperasi di Dewan Darussalam, Kolej Kejururawatan. Manakala, Klinik Pakar Pediatrik pula akan beroperasi di bangunan asrama Harmoni berhampiran padang Hospital. Tempoh perpindahan ini adalah sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Peta lokasi baharu adalah seperti di Gambarajah.
Sebarang kesulitan yang timbul sepanjang proses ini amatlah dikesali.
LOKASI SOPD
LOKASI KLINIK PAKAR PEDIATRIK
