Kolej Komuniti Gerik Santuni Pesakit Hospital Taiping

          WhatsApp Image 2020-01-15 at 2.15.41 PM   

KOLEJ KOMUNITI GERIK SANTUNI PESAKIT HOSPITAL TAIPING

TAIPING – Pesakit-pesakit di wad bersalin dan wad kanak-kanak di sini gembira menerima kunjungan daripada 50 orang pelajar dan pensyarah pengiring daripada Kolej Komuniti Gerik.

Antara lain objektif pensyarah KK Gerik membawa para pelajar daripada jurusan Fesyen dan Pakaian melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah bagi memberikan pendedahan di samping memupuk sifat keprihatinan dan empati di kalangan para pelajar, Selain itu, program ini juga diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Dr. Jamuna A/P S.Arunasalam, Timbalan Pengarah (Perubatan)Hospital Taiping mengalu-alukan kunjungan CSR ini dan berharap program ini akan dapat memberikan impak yang terbaik dalam diri para pelajar Kolej Komuniti Gerik yang hadir pada hari ini. Para pelajar turut didedahkan dengan teknik CPR – Basic Life Support oleh anggota daripada Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Taiping.

- TAMAT -