2 maut 1 parah mesin autoclave meletup di Hospital Taiping

Taiping - Hampir 500 orang penghuni yang menduduki Blok Servis Klinikal (CSB) Hospital Taiping hari ini gempar apabila berlakunya insiden mesin pensterilan (autoclave) meletup di makmal patologi, aras 3 bangunan tersebut.

Pengungsian bangunan tersebut telah dilaksanakan sejurus loceng kecemasan berbunyi pada jam 9.00 pagi dan semua staf berkumpul di luar kawasan premis yang lebih selamat.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Taiping pantas sampai ke tempat kejadian dan membantu mengeluarkan 10 orang mangsa dengan bantuan pasukan Emergency Response Team (ERT) Hospital Taiping.

Begitulah keadaan semasa simulasi kebakaran yang telah dijalankan di Hospital Taiping hari ini. “Tujuan latihan kebakaran ini diadakan adalah supaya penghuni bangunan ini boleh bertindak dengan tenang dan teratur apabila berlaku kecemasan atau kebakaran,” kata Dr. Jamuna S.Arunasalam, Timbalan Pengarah Hospital Taiping.

Selain itu, simulasi ini juga adalah bagi menguji peranan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) sebagai first responder dalam memastikan tindakan awal dapat diambil bagi mengawal dan memadam kebakaran di peringkat awal.

“Pihak Hospital mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba & Penyelamat Taiping atas kerjasama yang padu dalam menjayakan simulasi ini,”kata Dr. Jamuna lagi.

 

Presentation1 1