YB MENTERI KESIHATAN KUNJUNGI HOSPITAL TAIPING

YB MENTERI KESIHATAN KUNJUNGI HOSPITAL TAIPING

Taiping - YB Datuk Seri Dr. Hj. Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Taiping. Kunjungan ini turut diiringi oleh Datuk Dr. Hj. Rohaizat bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan delegasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lawatan kerja ini turut melawat projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan pada tahun 2019 di Hospital Taiping.

Antaranya adalah projek menaiktaraf Blok A&B sebagai wad untuk keselesaan para pesakit di Hospital Taiping. Projek ini dijangka siap pada awal tahun 2020.

Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Dato’ Dr. Ding Lay Ming, Pengarah Kesihatan Perak dan Dr. Hajah Narimah Yusof, Pengarah Hospital Taiping bersama anggota-anggota Hospital Taiping.

Hospital Taiping merupakan institusi perubatan pertama negeri Perak, dibina pada tahun 1880 dan merupakan Hospital Pakar ke-2 terbesar di Perak.

Hospital Taiping merupakan Lead Hospital Kluster Perak Utara sejak Julai 2017. Non-lead Hospital Kluster Perak Utara termasuklah Hospital Selama, Hospital Parit Buntar, Hospital Gerik, dan Hospital Kuala Kangsar.


Picture1-minWhatsApp Image 2019-08-20 at 23.37.53