IPD Taiping Lawat Mesra HTPG


IPD TAIPING LAWAT MESRA HTPG

 

4 April 2018 – Lebih 30 orang anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah hadir dalam kunjungan mesra ke Hospital Taiping hari ini. Delegasi ini diketuai oleh YDH ACP Mohamad bin Taib, Ketua Polis Daerah Taiping. Turut serta, ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis(PERKEP). Selepas melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menziarahi dan memberikan cenderamata kepada para pesakit di Wad 14, delegasi ini beramah mesra dengan pihak pengurusan hospital serta mengadakan perbincangan berhubung kerjasama erat di antara kedua belah pihak.

 

Dr. Jamuna S.Arunasalam, Timbalan Pengarah Perubatan, Hospital Taiping, yang  mewakili Pengarah Hospital Taiping, mengucapkan terima kasih atas kunjungan delegasi IPD Taiping dan berharap semoga kedua-dua pihak dapat bekerjasama dengan baik pada masa akan datang.