Gaul Yee Sang Di Hospital Taiping

 

Taiping - Hampir 500 orang hadirin terdiri daripada pelbagai jenis profesion dan gred anggota telah hadir memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Hospital Taiping dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat Hospital hari ini.

Majlis turut meriah dengan gimik sambutan "tarian singa" oleh anggota dan segmen menggaul "yee sang" oleh barisan tertinggi pengurusan dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital.

Dr. Hjh. Narimah Yusof, Pengarah Hospital Taiping berkata, "setiap perayaan besar dan utama di Malaysia akan diraikan di sini sebagai menghargai kepelbagaian kaum di kalangan anggota Hospital Taiping. Melalui program sebegini kita dapat memupuk keharmonian dan semangat kerjasama serta integrasi antara semua kaum yang ada. Tahniah saya ucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan majlis sambutan pada hari ini."

Beliau juga berharap semoga wujudnya keserasian dan persefahaman di kalangan anggota Hospital Taiping yang dapat melicinkan lagi urusan pentadbiran dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.