Hospital Taiping Sambut Baik Kunjungan Hospital Kulim Pelajari Konsep HMI

 


*Hospital Taiping Sambut Baik Kunjungan Hospital Kulim Pelajari Konsep HMI*


Taiping - Seramai 29 orang anggota Hospital Kulim telah mengunjungi Hospital Taiping sempena lawatan sambil belajar berkaitan Hospital Mesra Ibadah (HMI) hari ini.

Hospital Taiping telah menyediakan beberapa keperluan dan kemudahan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit/keluarga pesakit/waris untuk melaksanakan solat/ibadah di wad-wad.

Antaranya adalah seperti surau, tanda arah kiblat, telekung, sejadah, botol spray wudhuk, debu tayamum, al-quran dan sebagainya.

HMI di Hospital Taiping telah bermula sejak tahun 2016 lagi oleh Ustaz Shahrin bin Sabudin sebagai penyelaras. Kini, HMI di Hospital Taiping lebih mantap dengan pengisian satu lagi jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam oleh Ustaz Othman bin Mohamed dan dgn kerjasama seramai 21 orang AJK HMI.

Delegasi Hospital Kulim telah diberikan taklimat dan dibawa melawat sendiri ke wad-wad di sini bagi melihat dengan lebih jelas pelaksanaan HMI.

Bagi memantapkan lagi perlaksanaan konsep HMI di Hospital Taiping, pelbagai program/aktiviti telah dirancang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pegawai/anggota/kakitangan tentang kepentingan konsep HMI ini dilaksanakan bagi membantu pesakit-pesakit di wad.