Program Menyantuni Waris Pesakit

 

 

PROGRAM MENYANTUNI WARIS PESAKIT

Gabungan Organisasi Organisasi Bukan Kerajaan Hospital Taiping telah mengadakan program menyantuni waris pesakit pada hari jumaat.  Melalui program ini waris yang menunggu pesakit di wad akan diberi bungkusan makanan.

Semua makanan dibungkus dan di agihkan dari Unit Kerja Sosial. Pengagihan makanan di wad telah dilakukan oleh sukarelawan dan dibantu oleh staff diwad.

Program pertama yang dijalankan pada 02.02.2018 telah berjaya meyantuni seramai 50 orang waris di wad 14, 17, 18 dan wad D1.  Pengagihan makanan ini kepada semua bangsa, agama dan tanpa mengira fahaman politik.