Perhimpunan Pagi Bulan Februari

 

 PERHIMPUNAN PAGI BULAN FEBRUARI HOSPITAL TAIPING

TAIPING - Perhimpunan pagi bulanan Hospital Taiping telah diadakan pada 01.02.2018 di Bilik Seminar 1, Blok Servis Klinikal Hospital Taiping dan telah dihoskan oleh Jabatan Bedah Mulut.

Perhimpunan pagi bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh seramai 200 orang kakitangan Hospital Taiping terdiri dari pelbagai jawatan dan unit.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadli B. Md Shah dan dikuti dengan nyanyian sebanyak 3 lagu iaitu lagu Negaraku, Kami  Sedia  Membantu serta lagu Gigi oleh kumpulan koir Hospital Taiping dan petugas daripada Jabatan Bedah Mulut sendiri. Manakala ikrar KKM telah diketuai oleh En. Shahlan B. Shaari.

Slot motivasi telah di sampaikan oleh Dr. Rashima Bt. Ali, Ketua Jabatan Pergigian Pediatrik yang mana  isinya cukup bernas dan wajar dipraktikkan di dalam perkhidmatan semua anggota. Dr. Ferdinand J.K,  Ketua Jabatan Bedah Mulut dalam ucapan Ketua Jabatan memaklumkan berhubung info dan fungsi jabatan beliau yang membuatkan semua yang hadir memahami fungsi sebenar jabatan ini.   

Dr. Narimah Bt. Yusof, Pengarah Hospital Taiping dalam ucapannya membangkitkan perkara yang berlaku sepanjang bulan Januari 2018 dan memberi peringatan kepada semua supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan penjawat awam. Beliau juga memuji kesungguhan hos perhimpunan pagi bulan Februari ini atas inisiatif membawa maskot gigi turut hadir bagi memeriahkan suasana.