Qurban Perdana Hospital Taiping

Qurban Perdana

4 SEPTEMBER 2017 - TAIPING - Seramai hampir 150 orang anggota dan petugas Hospital Taiping hari ini berganding- bahu dan bekerjasama dalam menjayakan ibadah Qurban Perdana Hospital Taiping Tahun 2017. Turut hadir, Dr. Hj. Kamaruddin bin Hj. Alias, Pengarah Hospital Taiping bersama keluarganya.

Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih terutamanya kepada Tuan Haji Asri Khusairi, Yang Dipertua PERSIS selaku penyelaras program ini dan atas semangat kerjasama pegawai dan staf Hospita Taiping dlm menjayakan ibadah Qurban Perdana bagi tahun ini.

"Walaupun hari ini cuti umum, namun ramai yang sanggup "berkorban" untuk hadir dan menyokong program ini. Tahun ini juga sangat bermakna kerana kita dapat mengadakan program ini di Surau Hospital Taiping. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato' Hj. Ahmad Shalimin bin Ahmad Shaffie, Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Perak di atas sumbangan di dalam pembinaan surau Htpg dan juga seekor lembu korban pada hari ini. Alhamdulillah," kata beliau.

Selain berharap ibadah korban ini mendapat keredaan daripada Allah SWT, ianya juga diharap dapat menyerap pemikiran warga Htpg dalam menghayati erti pengorbanan sebenar.

“Program ibadah korban yang dijalankan setiap tahun dengan penyelarasan oleh Persatuan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan & Pergigian Taiping (PERSIS) dan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Taiping (PKPPKHT) ini turut menggambarkan semangat perpaduan dan kerjasama erat di kalangan anggota tanpa mengira pangkat yang masih utuh yang mana kita harapkan ianya terus kekal dan memupuk keharmonian di Htpg,” ujar beliau lgi.

Dalam program ini, sebanyak seekor kambing dan 5 ekor lembu tlh dikorbankan. Majlis diakhiri dgn jamuan mkn tghari bg semua anggota dan petugas yg terlibat.

Lihat Gambar KLIK DISINI