Larian 10,000 Langkah Merdeka "Negaraku Sehati Sejiwa"

larian

28 OGOS 2017 - TAIPING - Hospital Taiping meriah dengan penyertaan hampir 250 orang peserta bagi program Larian 10,000 Langkah Merdeka "Negaraku Sehati Sejiwa" yang diadakan di sini hari ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Shahril Azmir bin Haji Ahmad Shaffie, Ahli Majlis Perbandaran Taiping seawal jam 8.00 pagi di Lobi Blok Servis Klinikal, Hospital Taiping. Sebelum larian, para peserta telah membuat sesi regangan dengan bimbingan jurulatih senamrobik bertauliah, iaitu Penyelia Jururawat Syahirah Ahmad dan Penyelia Jururawat Marziana Mat Isa.

Objektif program adalah bagi memupuk semangat kemerdekaan di kalangan para peserta serta amalan gaya hidup sihat. Turut menyertai larian ini adalah Dato' Shahril, Dr. Haji Kamaruddin Alias, Pengarah Hospital Taiping dan Dr. Hajah Narimah Yusof, Timbalan Pengarah (Perubatan) Htpg, Ahli-ahli Lembaga Pelawat Htpg dan pelbagai lapisan anggota Htpg.

Larian sejauh 6.7km adalah dari Hospital Taiping ke Bukit D.O seterusnya ke Taman Tasik Taiping sblm kembali semula ke Htpg.

Lihat Gambar KLIK DISINI