SPRM Aktifkan Gerah di Hospital Taiping

 

10 JULAI 2017 – TAIPING – SPRM hari ini telah melancarkan kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di Hospital Taiping dengan sasaran seramai 80 orang responden dalam menjawab soal kaji selidik berhubung pengetahuan orang ramai berkenaan SPRM. Dengan kekuatan seramai 8 anggota, GERAH telah dipromosikan di kalangan kakitangan dan pengunjung yang hadir di Hospital Taiping hari ini.

 

Dr. Haji Kamaruddin bin Haji Alias, Pengarah Hospital Taiping berkata, pihak Hospital telah memberikan kebenaran dan sokongan kepada SPRM bagi pelaksanaan GERAH ini bagi mendidik orang ramai dan kakitangan Hospital berhubung bahaya Rasuah ataupun Sogokan ini. “Kita semua perlu sehati sejiwa memerangi rasuah. Rasuah bukan sahaja membinasakan kehidupan individu dan keluarga, malah memberikan kesan kepada ekonomi dan keselamatan Negara.”

 

Rasuah adalah sesuatu sogokan, pengemukaan tuntutan palsu dan penyalahgunaan kuasa yang mendorong seseorang untuk mempengaruhi keputusan berkaitan tugas rasmi. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk  suapan/ rasuah termasuklah barangan bernilai seperti wang, pakej percutian, kereta, jam dan beg tangan berjenama mewah, telefon bimbit, pangkat, seks dan sebagainya.

 Lihat Gambar KLIK DISINI