• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Rekod Perubatan

Unit Rekod

  • Unit Rekod Perubatan adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal di hospital.  Unit Rekod Perubatan dipertanggungjawabkan untuk
    mengurus rekod perubatan pesakit, pengurusan data dan statistik hospital . Bertangungjawab menguruskan proses laporan perubatan dan lembaga perubatan
    bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital. Oleh yang demikian, kerjasama semua pihak amat perlu dalam segala urusan berkaitan dengan rekod pesakit
    seperti penyediaan, pengisian maklumat, penyusunan, penyimpanan, peminjaman dan  penggunaan rekod. Pengurusan rekod yang sempurna akan dapat
    mengatasi masalah rekod rosak, tidak dapat dikesan, hilang dan sebagainya.
  • VISI

    Memberi perkhidmatan maklumat kesihatan yang berkualiti, lengkap,berkesan dan cekap melalui penggunaan teknologi yang sesuai dan anggota rekod perubatan yang terlatih

    MISI

    Memberi perkhidmatan maklumat kesihatan dengan teknologi yang sesuai,  cekap dan efektif berkonsepkan client focus dan memperkukuhkan smart partnerships di  antara pesakit dan pembekal perkhidmatan (providers) ke arah mempertingkatkan perkhidmatan pengurusan maklumat pesakit

    PIAGAM PELANGGAN

    Sekurang-kurangnya 90% laporan perubatan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pengurusan Laporan Perubatan

     
    1. Perkhidmatan Kaunter
    2. Pemprosesan Laporan Perubatan Biasa/Pakar
    3. Pengurusan penubuhan Lembaga Perubatan/Lembaga Rayuan
    4. Pengurusan penubuhan Persidangan Jemaah Doktor PERKESO dan KWSP
     
    Statistik
     
    1. Penyediaan laporan pesakit dalam, pesakit luar, perkhidmatan sokongan dan lain-lain  laporan untuk HMIS
    2. Pengkodan penyakit/prosidur (ICD-10 Coding)
    3. Pengalisisaan Data
    4. Pengumpulan dan penyediaan laporan di bawah NIA dan HPIA.
     
    Pengurusan Rekod Perubatan
     
    1. Penerimaan, penyemakkan, penyimpanan dan pengeluaran rekod perubatan pesakit.
    2. Pengawalan dan pengesanan pergerakkan rekod perubatan pesakit.
    3. Penjagaan keselamatan rekod perubatan pesakit.
    4. Pelupusan rekod perubatan.
  • Pesakit sendiri /Saudara terdekat / agen /peguam boleh memohon laporan perubatan dari Unit Rekod Perubatan, Tingkat 3, Blok Servis Klinikal atau menghantar secara surat.Pesakit sendiri / Saudara terdekat / agen / peguam mestilah membawa perkara seperti berikut :-
    • Borang Pemohonan/Surat Pemohonan. (PER ML 103/Pind.07/12)
    • Salinan kad temujanji klinik/ bil hospital / nota discaj.
    • Salinan Kad Pengenalan pesakit
    • Borang Insurans / KWSP / PERKESO (Jika perlu)
    • Surat Kebenaran pesakit yang diberikan oleh pesakit ( diperlukan untuk agen, pesakit sendiri / saudara terdekat).
    Tempoh untuk menyiapkan laporan adalah dalam jangka masa satu bulan.PEMBAYARAN (Berdasarkan akta pada Tahun1972)
      JENIS LAPORAN JUMLAH
    1 Insurans / laporan cadangan/ SOCSO / KWSP RM 40.00
    2 Laporan Pakar Ringkas RM 80.00
    3 Laporan Pakar Terperinci RM 200-1000
    * Warga asing bayaran sebanyak dua kali ganda
  • WAKTU OPERASI

    Buka

    Isnin - Khamis

    07.30 am - 05.00 pm

    Jumaat

    07.30 am - 12.15 pm
    02.45 pm - 05.00 pm

    Tutup

    Isnin - Khamis

    Jumaat

    01.00pm – 02.00 pm

    12.15 am - 02.45 pm

    Sabtu – Ahad & Cuti Umum