• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Rehabilitasi
  • Pemulihan Cara Kerja

Unit Pemulihan Cara Kerja HTPG

  •  

    Perkhidmatan Pemulihan Carakerja telah dimulakan di hospital ini pada 1hb Januari 1989 dengan perkhidmatan sepenuh masa dalam bidang Pemulihan

    Psikososial. Dengan pertambahan anggota, skop perkhidmatan telah diperluaskan merangkumi Pemulihan Orthopedik,Perubatan, Paediatrik, Pembedahan,

    Kardiak, Kebakaran,Geriatric dan Spinal. Pemulihan Carakerja merupakan profesyen yang mempromosi pemulihandan kesihatan yang komprehensif. Matlamat

    utama adalah menggalakkan, memulihkan dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu agar berdikari ke tahap optimum dan berfungsi dalam kehidupan

    seharian, sosial, pekerjaan serta aktiviti riadah mereka dengan menggunakanmedium rawatan aktiviti berterapeutik. Bermula Ogos 2014, unit ini mula

    beroperasi di Bangunan Klinikal Servis Blok (CSB).

  •  

    VISI

     Menawarkan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan kepada pelanggan

    dan  dijalankan oleh anggota yang profesional dan bekerja dalam satu pasukan.

     MISI

    Memberikan Rawatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan kepada pesakit dalam dan luar.

    Pesakit akan dirawat dalam pesekitaran yang selamat menggunakan teknik-teknik rawatan dan teknologi sediada.

    Keperluan dan kerahsiaan pesakit sentiasa diutamakan oleh Anggota Pemulihan Carakerja yang profesional, penyayang dan bekerjasama dalam satu kumpulan.

  • PIAGAM PELANGGAN

     

    - 95% pelanggan (pesakit dalam) yang dirujuk akan dirawat dalam masa 24jam waktu bekerja.

    - 95% pelanggan (pesakit luar) yang dirujuk akan dirawat dalam masa 3hari waktu bekerja.

    - Kami berjanji memberi layanan perkhidmatan yang mesra pelanggan, cepat dan prihatin.

    - Kami akan memberikan penerangan kepada pelanggan (pesakit/penjaga/waris terdekat) bagi setiap perkhidmatan yang disediakan

    - Kami akan merahsiakan maklumat peribadi dan perubatan dari pengetahuan umum dan hanya akan dimaklumkan kepada pihak tertentu tertakluk kepada kod etika perkhidmatan

    - Kami akan memastikan persekitaran dan peralatan pemulihan kami selamat digunakan sepanjang masa

    - Kami bersedia berkerjasama dengan pihak keluarga pelanggan, jabatan, agensi dan badan sukarela demi kebajikan pelanggan

  • OBJEKTIF

    - Untuk mengalakkan dan meningkatkan kebolehan dan kefungsian individu dengan kecacatan/masalah fizikal dan psikologikal agar dapat berdikari dalam kehidupan seharian secara optima.

    - Mengekalkan dan meningkatkan kefungsian individu dengan masalah fizikal atau psikologikal mengunakan aktiviti rawatan terpilih dan bersesuaian yang akan di nilai secara berterusan

    - Memberikan rawatan Pemulihan Carakerja yang tepat, cekap, berkesan dan penyayang kepada pesakit.

    - Memastikan peralatan yang digunakan selamat dalam persekitaran yang bersih dan selesa sepanjang masa

    - Mengalakkan semua anggota kerja meningkatkan kecekapan dan kemajuan kerjaya melalui program CME dan CPD

    FUNGSI

    Tujuan utama perkhidmatan Pemulihan Carakerja ini ditawarkan kepada pesakit adalah untuk mempromosi dan

    menggalakkan proses pemulihan individu dari aspek fizikal dan psikologikal agar pesakit dapat menjalani kehidupan seharian ditahap

    optima dengan mengadaptasi persekitarannya.

  • Di anggotai seramai 1 orang Pegawai Pemulihan Carakerja, 17 Jurupulih Perubatan Carakerja dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

  • Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti:

      • Aids and Adaptation Assessment, recommendation and Training
      • Compression Therapy
      • Creative Therapy
      • Social Skill Assessment and Training
      • Patient's and Carer's Education
      • Play and Leisure (Exploration and Training)
      • Relaxation Therapy
      • Sensory Assessment and Training
      • Pembekalan Splint
       
      • Activity of Daily Living Assessment and Training
      • Motor & Functional Assessment and Training
      • Cognitive & Perceptual Assessment and Training
      • Pre School Assessment and Training
      • Wheelchair Assessment and Training
      • Pre - Driving Assessment
      • Work/Vocational Assessment and Training
      • Home Assessment
      • Workplace / School Assessment
      • Behavior Management
      • Developmental Assessment and Training
  • Unit Pemulihan Carakerja beroperasi mengikut sistem temujanji yang diberikan kepada pesakit.

     

    HARI

    MASA

    Isnin- Khamis 

    8.00 pagi – 1.00 tghari

     

    2.00 petang – 5.00 petang

    Jumaat

    8.00 pagi – 12.15 tghari

     

    2.45 petang – 5.00 petang