• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Rehabilitasi
  • Fisioterapi

Jab Fisioterapi HTPG

  • Unit Fisioterapi telah beroperasi di bangunan baru iaitu  bangunan Kinikal Servis Blok bermula Ogos, 2014.

  •  

    VISI

    Mewujudkan satu unit rehabilitasi yang cekap dan berkesan

    MISI

    Memberi perkhidmatan berkualiti yang berterusan  dalam memenuhi kepuasan pelanggan

    OBJEKTIF

    Objektif unit ini adalah memberi perawatan fisioterapi  bagi membantu  pesakit  mencapai tahap pemulihan yang optima supaya berupaya  menjalani aktiviti 

    harian dan berdikari

     

  • Perkhidmatan pesakit luar

    Sebaik borang rujukan diterima anda kan diberi temujanji jadual rawatan.

    Anda akan menerima rawatan dalam masa 30 minit dari masa temujanji.

     

    Perkhidmatan pesakit dalam

    Anda akan diberi rawatan dalam tempoh 24 jam selepas rujukan diterima

     

    Tanggungjawab anda

    Anda perlu memberi kerjasama dan menjalankan program rawatan yang diseadiakan

  •  

    “Human movements” telah dikenal pasti sebagai asas kepada kesihatan individu.  Fisioterapi merupakan  satu profesyen di dalam Perkhidmatan Kesihatan Bersekutu yang mengendalikan masalah berkaitan human movements  melalui pencegahan, promosi kesihatan, rawatan dan pemulihan.

    Semenjak perkhidmatan ini dimulakan pada tahun 60’an , perkhidmatan ini terus maju dan berkembang  seiring dengan kemajuan  kepakaran perubatan dan teknologi semasa. Disamping itu, bilangan kes telah meningkat dari masa kesemasa. Fakta ini telah menunjukkan bahawa perawatan fisioterapi sangatlah penting dalam perubatan moden.

    Bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan kualiti perawatan, unit ini telah mempelbagaikan dan menambah program rawatan serta menambahbaik sistem pendaftaran, pengumpulan maklumat, pengurusan pejabat dan agihan tugas mengikut keperluan perkhidmatan.

     

    Sub-spesiality

    Unit ini juga mempunyai kepakaran sub-spesiality dalam :

    • Men’s and Women’s Health
    • Pulmonary Rehabilitation
    • Cardiac Rehabilitation
    • Obesity adult & Obesity paediatrik
    • Geriatrik

     

     

    PERKHIDMATAN (SESI PENDIDIKAN)

    BIL

     

    PERKHIDMATAN

    KEKERAPAN

    A

    ’Pulmonary Rehabilitation’.

    2x / seminggu

    B

    Klinik ’Obesity Paeds (in-patient)’.

    1x / sebulan

    C

    Klinik ’Obesity Adult (out-patient)’.

    1x / seminggu

    D

    ’Pre / Post Natal Class’.

    1x / sebulan

    E

    Klinik Orthopedik

    4x / sebulan

    F

    Klinik ’Obesity Adult Surgical’.

    1x / sebulan

    G

    Kelas CRP

    2x / seminggu

    H

    Stroke Round

    2x / seminggu

    I

    Kelas OA Knee

    1x / sebulan

    J

    Kelas Shoulder

    1x / sebulan

    K

    Stroke class

    2x / sebulan

    L

    Klinik Women’s Health

    2x / seminggu

    M

    Klinik Hemophilia

    4x / setahun

    N

    Geriatric Wad Round

    1x / seminggu

    O

    Senaman kanak-kanak obese (outpatient)

    2x / seminggu

     Skop

     Unit ini memberi  perkhidmatan fisioterapi kepada Pesakit Dalam dan Pesakit Luar yang merangkumi semua disiplin perubatan sediada.

     Sumber rujukan adalah dari:

    1. Klinik – klinik Pakar , Hospital Taiping
    2. Wad-wad ( semua disiplin perubatan )
    3. Hospital Kerajaan
    4. Klinik – klinik Kesihatan berdekatan.
    5. Rumah Sakit Angkatan Tentera
    6. Pengamal Persendirian

    Disamping itu unit ini juga memberi perkhidmatan di luar waktu pejabat terhadap kes – kes kritikal di Unit Rawatan Rapi pada hari cuti umum dan cuti mingguan sahaja.

     

    AKTIVITI  DAN  PROGRAM PERKHIDMATAN

     

    • Lebih dari sembilan puluh peratus(90%) pesakit rujukan pertama dirawat pada hari pertama rujukan dibawa ke Unit Fisioterapi.

     

    • Program rawatan pesakit dalam bagi Wad Geriatrik telah dijalankan.

     

    • Program senaman bagi kanak-kanak obese telah dijalankan di Unit Fisioterapi 2x seminggu.

     

    • Kelas pendidikan sakit bahu dan sakit sendi lutut dijalankan di Unit Fisioterapi 1x sebulan.

     

    • Perawatan bagi pesakit obese dewasa telah ditingkatkan kepada 1x seminggu.

     

    • Ante natal & post natal class dijalankan sebulan sekali.

     

    • Stroke circuit training dijalankan satu kali seminggu.

  •  

    HARI

    MASA

    Isnin- Khamis 

    8.00 pagi – 1.00 tghari

     

    2.00 petang – 5.00 petang

    Jumaat

    8.00 pagi – 12.15 tghari

     

    2.45 petang – 5.00 petang