• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Pengimejan dan Diagnostik

Jabatan Pengimejan & Diagnostik

  • Pada tahun 1896, Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi Hospital pertama yang dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan X-ray di Tanah Melayu.
    Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan pengimejan dan prosedur tertentu untuk pesakit-pesakit dari Wad-wad, Unit-unit dan Jabatan Kecemasan. Jabatan ini
    juga berperanan untuk memberi perkhidmatan kepakaran dan rundingan kepada Hospital-hospital Daerah, Klinik Kesihatan LMS dan Klinik-klinik Swasta.
  • VISI
    Kearah perkhidmatan pengimejan yang berkualiti, berteknologi tinggi,berwawasan serta berazam menjadi jabatan yang cemerlang.
     
    MISI
    Mewujudkan perkhidmatan Pengimejan Diagnostik yang cekap, berkualiti, tepat dan selamat dengan berteraskan budaya penyayang, kerja berpasukan dan professionalism bagi memenuhi keperluan pelanggan
     
    OBJEKTIF
    Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengimejan X-Ray, fluoroskopi, CT scan, mammografi, ultrasound dan MRI kepada pesakit dalam dan pesakit luar di hospital ini. Jabatan ini juga bertindak sebagai pusat rujukan dalam bidang radiologi bagi hospital daerah di kawasan Perak Utara meliputi Daerah Kerian, Selama, Larut  Matang, Kuala Kangsar dan  Gerik.
  • Radiografi Am (Pemeriksaan X-ray Biasa)
    • Dada
    • Rangka Kepala
    • Ekstrimiti atas dan bawah
    • Abdomen
    • Spina Vertebrata
    • Pelvis
    • Tinjauan Skeletal (Skeletal Survey)

     Flouroskopi (Pemeriksaan X-ray berkontras)

    • Barium Swallow
    • Barium Meal
    • Barium Meal Follow Through
    • Barium Enema
    • MCU (Micturating Cystouthrography)
    • IVU (Intravenous Urography)
    • T-Tube Cholangiography
    • HSG (Hystrosalpingography)
    • Venography
    • Fistulograpy
    • Loopography
    • Sialography

     Pemeriksaan Ultrasound

    • KUB (Kidney, Ureter, Bladder)
    • HBS (Hepatobiliary System)
    • Abdomen
    • Neck
    • Breast
    • Insertion of Nephrostomy Tube Under Ultrasound Guidance
    • Doppler
    Pemeriksaan X-ray mudahalih
    • Pemeriksaan dilakukan di wad-wad, bilik Mayat, Dewan Bedah dan Jabatan Kecemasan.

     Pemeriksaan BMD (Bone Mineral Density)

    • Dilakukan di bilik x-ray yang berdekatan dengan jabatan orthopedik.

     Pemeriksaan CT Scan

    • Pemeriksaan dilakukan berdasar system temujanji untuk kes-kes elektif
    • Perkhidmatan 24 jam bagi pemeriksaan kes-kes “urgen” kecemasan seperti kes trauma dan kes tenat seperti stroke.

    Pemeriksaan Mammografi

    • Pemeriksaan dilakukan berdasarkan system temujanji untuk kes-kes elektif.
    • Melakukan pemeriksaan intervensi seperti ductogram hookwire dan stereotactic biopsy.

     MRI

    • Dijalankan di Unit MRI bangunan CSB
    • Pemeriksaan dijalankan mengikut temujanji
    • Kes-kes boleh dilakukan dengan bantuan bius umum.

     Laporan Filem X-ray

    • Laporan disediakan oleh Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan Radiologi.
    • Laporan untuk pesakit dalam disediakan dalam tempoh 2 hari.
    • Laporan untuk pesakit Luar disediakan dalam tempoh 14 hari
  • Lokasi

    Masa

    Unit X-ray (lama)

    8.00 am – 5.00pm

    Jabatan X-ray Utama (CSB)

    24 jam

    Unit x-ray (Poliklinik)

    24 jam

    • PERKHIDMATAN YANG CEKAP, MESRA DAN ADIL AKAN DIBERI KEPADA SETIAP PELANGGAN.

    • KEHORMATAN PESAKIT AKAN TERPELIHARA SEMASA MENJALANI PEMERIKSAAN X-RAY DI JABATAN INI.

    • MASA PENDAFTARAN PESAKIT - 10 MINIT

    • MASA UNTUK PEMERIKSAAN X-RAY BIASA SEHINGGA SIAP - 45 MINIT

    • MASA MENUNGGU UNTUK PEMERIKSAAN X-RAY KHAS 30-60 MINIT

    • MASA MENUNGGU UNTUK ULTRASOUND - 30 – 90 MINIT

    • MASA MENUNGGU UNTUK PEMERIKSAAN MAMOGRAM - 45 MINIT

    • MASA MENUNGGU UNTUK PEMERIKSAAN CT SCAN - 30 – 90 MINIT

    • MASA MENUNGGU UNTUK PEMERIKSAAN MRI - 30 – 90 MINIT

    • LAPORAN X-RAY BIASA DISIAPKAN DALAM MASA 2 MINGGU

    • LAPORAN X-RAY KHAS DISIAPKAN DALAM MASA 2 MINGGU

    • KAMI AKAN MEMBERI KETERANGAN MENGENAI PROSEDUR X-RAY KHAS KEPADA ANDA SEMASA TEMUJANJI DIBERIKAN.

    • KAMI MENJAMIN RAHSIA LAPORAN RADIOLOGI SETIAP PESAKIT

    • (MASA – MASA YANG TERCATAT DIATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN SEMASA DORTOR BERCUTI, MESIN ROSAK ATAU PUN PENINGKATAN BEBAN KERJA DILUAR JANGKAAN)