Jabatan Patologi HTPG

  • Jabatan Patologi Hospital Taiping terletak di Aras 3, Bangunan Servis Klinikal, Hospital Taiping.Jabatan ini menawarkan perkhidmatan Patologi Kimia, 
    Sitologi, Histopatologi, Hematologi, Mikrobiologi, Serologi dan Transfusi. Jabatan ini turut mewujudkan Unit Kaunter dan Outsource pada 2013 sebagai 
    inisiatif untuk meningkatkanmutu pengurusan penerimaan dan penghantaran sampel dan keputusan ujian makmal.Perkhidmatan jabatan ini ditawarkan kepada
     wad/unit di Hospital Taiping, hospital hospital daerah (Hospital Kuala Kangsar, Hospital Parit Buntar dan Hospital Selama), hospital-hospital swasta 
    (Colombia Asia Hospital, Taiping Medical Centre, Larut Medical Centre dan Apollo Medical centre) serta klinik-klinik kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama.
     Jabatan Patologi juga sentiasa merujuk dan bekerjasama dengan Makmal Kesihatan Awam, Pusat Darah Negara, Hospital Selayang, Hospital Putrajaya, 
    Hospital Ampang, Hospital Pulau Pinang, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh  dan institusi-institusi lain yang berkenaan.
     
    Buat masa sekarang, Jabatan Patologi mempunyai seramai 92 orang anggota dari pelbagai jawatan:
    • Empat (5) orang Pakar Patologi yang mengkhususkan bidang Histologi, Hematologi, Patologi Kimia dan Mikrobiologi.
    • Lapan (8) orang Pegawai Perubatan
    • Tujuh (7) orang Pegawai Sains
    • 58 orang Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP)
    • Tiga (3) orang Jururawat Terlatih 
    • Dua (2) orang Pembantu Tadbir
    • 10 orang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)
    • Seorang Operator Autoklaf
  • VISI

    Untuk menjadi sebuah makmal perubatan yang dapat menydiakan satu perkhdmatan patologi dan transfuse yang dinamik, cekap dan berkesan 
    bersesuaian dengan perubahan persekitaran, teknologi dan permintaan pelanggan.
     
    MISI
    Untuk memberikan perkhidmatan patologi dan transfuse yang bermutu untuk meningkatkan taraf dan 
    mencapai kepuasan pelanggan dalam rawatan perubatan dan penjagaan pesakit melalui: 

    • Anggota yang terlatih, berpengetahuan dan professional
    • Kerja secara berpasukan
    • Suasana kerja yang selamat, harmoni dan kondusif
    • Peralatan yang sesuai dan menepati fungsinya.
     
    PIAGAM PELANGGAN
    • Setiap pesakit akan diberikan rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti di hospital ini.
    •  Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
    •  Setiap pesakit akan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan, termasuk risiko dan pilihan yang lain.
    • Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang lebih sesuai.
    • Setiap pesakit diberikan jaminan, bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa merima rawatan.
    • Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya dan tertakluk kepada undang-undang. 
     
    OBJEKTIF
    • Untuk menyediakan satu perkhidmatan patologi yang komprehensif, cekap dan berkesan bagi membantu para pelanggan di dalam memberikan 
    • proses rawatan perubatan dan prkhidmatan penjagaan kesihatan kepada para pesakit dan masyarakat.
    • Untuk menyediakan bekalan darah dan produk darah (blood products) yang sentiasa mencukupi kepada para pelanggan mengikut kemampuan
    •  di samping sentiasa memastikan ianya selamat untuk digunakan.
    • Sentiasa berusaha untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan patologi yang diberikan pada tahap yang memuaskan.
    • Memperluaskan skop perkhidmatan yang diberikan mengikut keperluan semasa para pelanggan sejajar dengan peruntukan kewangan yang disediakan serta sumber-sumber yang dibekalkan.
    • Sentiasa memastikan mutu perkhidmatan, ketepatan dan kualiti semua ujian yang ditawarkan adalah di dalam piawaian yang telah ditetapkan.
  • Perkhidmatan Makmal
    • Jabatan Patologi Hospital Taiping menawarkan perkhidmatan Patologi Kimia, Sitologi, Histopatologi, Hematologi, Mikrobiologi, Serologi dan Transfusi.
    • Unit Kaunter dan Out-sourcemenguruskan penerimaan dan penghantaran sampel ke makmal rujukan dan penerimaan keputusan ujian dari makmal rujukan.
    • Menerima, mengumpul dan menganalisa spesimen yang dihantar ke makmal di mana ia meliputi ujian biokimia, mikrobiologi, serologi, hematologi, histopatologi, sitologi dan transfusi.
    • Mengesahkan dan melaporkan keputusan makmal mengikut prosedur yang ditetapkan.
     Perkhidmatan Pendermaan Darah
    • Mendapatkan bekalan darah yang selamat dan mencukupi
    • Simpanan dan pembahagian komponen-komponen darah
  • Unit-unit di Jabatan Patologi beroperasi 24 jam setiap hari kecuali bagi Unit Histopatologi, Sitologi, Serologi dan Out-source:

     

    Unit Histopatologi

    UNIT

    HARI

    WAKTU

    Unit Histopatologi

    Isnin- Jumaat

    8.00 pg – 5.00 ptg

     

    Sabtu -  Ahad

    8.00 pg – 3.00 ptg

     

    Unit Sitologi

    UNIT

    HARI

    WAKTU

    Unit Serologi  

    Isnin- Jumaat

    8.00 pg – 5.00 ptg

      

    Unit Serologi & Unit Out-source

    UNIT

    HARI

    WAKTU

    Unit Serologi & Unit Out-source

    Isnin- Jumaat

    8.00 pg – 5.00 ptg

     

     Unit Transfusi

     Makmal Transfusi beroperasi 24 jam setiap hari.
     Pendermaan darah di pusat kutipan hanya dibuka pada hari bekerja.

    UNIT

    HARI

    WAKTU

    Unit Transfusi

    Isnin- Khamis

    8.00 pg – 12.30 Tgh

    2.00 Ptg – 4.30 Ptg

     

    Jumaat

    8.00 Pg – 11.45 Pg

    3.00 Ptg – 4.30 Ptg

  • KAUNTER & OUTSOURCE

    Fungsi

    • Unit Kaunter bertanggungjawab menerima dan memeriksa sampel dan borang yang dihantar oleh pelanggan.
    • Unit Outsource menguruskan penghantaran sampel ujian ke makmal rujukan.
    • Selain itu, Unit Outsource juga bertanggungjawab merekod keputusan ujian dari makmal rujukan dan penghantaran keputusan-keputusan tersebut kepada pelangan berkenaan

    PATOLOGI KIMIA

    Fungsi

    • Menjalankan ujian diagnostik dan konsultansi ujian-ujian patologi kimia.

    Ujian Yang Ditawarkan

    Ujian rutin: Renal Profile, Liver Profile, Cardiac Enzymes, Sugar, Lipid Profile, Bilirubin, Urine & CSF tests, Trop I, CRP, UPT, Calcium,
    Magnesium, Amylase, Amonia, Lactate, Phosphorus, Salicylate dan ujian-ujian CSF, Urine & Body Fluids.
    Ujian khas: FT4, TT4, AFP, Prolactine, BHCG, HbA1c, Iron, TIBC, Ferritin, IPTH, PSA, SR Cortisol, Folate, Vitamin B12, Ca125 dan
    Ca19.9.
    Ujian Dadah: Screening & confirmation Morphine dan Canabis.

     

    HEMATOLOGI

    Fungsi

    • Menjalankan ujian diagnostik dan konsultansi ujian-ujian hematologi.

    Ujian Yang Ditawarkan

    Ujian rutin: G6PD, FBP, FBC, Retic Count, Differential Count, PT/APTT, INR, Fibrinogen, D.Dimer dan ESR.
    Ujian khas: Mixing test, BMA, MGG, Pearl Stain, Pas Stain, Peroxidase, Esterase, Hb elektroporesis, H.inclusiom, NAPScore dan
    Gel elektroporesis.
     

    MIKROBIOLOGI

    Fungsi

    • Menjalankan ujian diagnostik dan konsultansi ujian-ujian

    Ujian Yang Ditawarkan

    Bacteriology Culture & Sensitivity (C&s): CSF, fluid/exudate, pus, tissue, genital, respiratory, blood, stool, urine, sterility/ environment dan ETT tip. 

    Mycology: fungal C&S.

    Parasitology: Microfilaria, Malaria parasite (BFMP), stool ova & cyst dan stool occult blood.

    Staining: Gram stain, fungal stain, Acid Fast Bacilli (AFB) dan Indian Ink.

    CSF FEME, Latex agglutination, Streptex, Salmonella, Shigella dan E.coli serotyping.

    SEROLOGI

    Fungsi

    • Menjalankan ujian diagnostik dan konsultansi ujian-ujian serologi.

    Ujian Yang Ditawarkan

    Serology: Leptospira IgM, VDRL, TPHA, Mycoplasma dan Monospot.

    Immunology: Anti-dsDNA, Anti-nuclear Antibodies (ANA), Anti-Streptolysin O (ASOT) dan Rheumatid

    Virology: Anti-HIV, HIV PA, Anti-HCV, HCV PA, HBaAg, HBsAg Confirmatory, Anti-HBs, Dengue Igm, Dengue IgG dan Dengue NS-1.

    HISTOPATOLOGI

    Fungsi

    • Menjalankan ujian diagnostik dan konsultansi ujian-ujian histopatologi.

    Ujian Yang Ditawarkan

    Ujian rutin: Histopathological Examination (HPE) yang merangkumi proses penerimaan sampel, pemprosesan tisu, embedding, sectioning,

    review slide dan pengeluaran keputusan oleh Pakar Histopatologi

    Special stain: Histochemical stain (fungus, TB dan mucin), Immuhistochemical stain ( tumor marker) dan Frozen Section

    (introperative dan organ transplant).

    SITOLOGI

    Fungsi

    • Menjalankan ujian diagnostik dan konsultansi ujian-ujian sitologi.

    Ujian Yang Ditawarkan

    Exfoliative: Gynaecology (conventionall pap smears) dan Non-Gynaecology (body fluids, sputum, bronchial brushing, bronchial washing dan Tzanck smear).

    Aspiration: Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC).

    Spermatozoa examination (for medico-legal).

    Seminal Fluid Analysis (SFA).

    TRANSFUSI

    Fungsi

    • Menjalankan ujian diagnostik dan konsultansi ujian-ujian transfusi. Selain itu, unit ini juga menguruskan aktiviti pendermaan darah.

    Ujian Yang Ditawarkan

    Ujian rutin: Blood Grouping, Saringan antibodi (GSH), Keserasian darah (crossmatch), Direct Coomb's dan Indirect Coomb's.

    Ujian khas: Antibody Identification dan RBC Phenotyping.

    Penyiasatan dan penyediaan laporan kes reaksi transfusi dan kesilapan transfusi.

    Pendermaan darah: kempen derma darah, penentuan kumpulan darah dan paras Hb, proses pendermaan darah, pengurusan penderma reaktif dan penyiasatan penderma darah 'seroconvert'.