Jabatan Farmasi

  • Jabatan Farmasi Hospital Taiping diselia oleh Ketua Pegawai Farmasi dan bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital dalam pengendalian fungsi dan

    aktiviti farmasi.

  • VISI
     
    Membekalkan ubat yang efikasi, berkualiti dan selamat kepada pengguna.

     

    MISI

    Menerajui pengurusan ubat yang berkualiti melalui tenaga kerja yang profesional bagi menjamin kesihatan pengguna pada tahap optima

     

    OBJEKTIF

    Untuk memastikan Penjagaan Farmaseutikal secara menyeluruh diberi melalui bekalan    ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan digunakan oleh penyedia perkhidmatan kesihatan dan juga pesakit secara rasional

     

    PIAGAM PELANGGAN

    Jabatan Farmasi berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan :

    1.Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima

    2.Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan