• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Klinikal
  • Dietetik dan Sajian

Jab Dietetik Dan Sajian

  • Visi

    Jabatan Dietetik & Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

    Misi

    Jabatan Dietetik & Sajian berusaha untuk : Perkhidmatan Sajian:
    • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan  teknologi semasa serta berkualiti.
    • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan. 
     Perkhidmatan Dietetik:
    • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘evidence-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
    • Menyumbang kepada  kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik. 
  • Piagam Pelanggan

    1. 95% setiap pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan kepada Pegawai Dietetik, akan dilihat sekurang-kurangnya sekali.

    2. 85%  makanan pesakit akan dibekalkan kepada wad-wad mengikut jadual masa seperti berikut :

    Sarapan Pagi : 7.15 pagi – 8.00 pagi

    Makan Tengahari : 11.30 pagi – 12.00 tgh

    Minum Petang : 2.15 petang – 3.00 petang

    Makan Malam : 5.15 petang – 6.00 petang

    1. Setiap pesakit akan dibekalkan makanan mengikut pesanan dari wad. 

    Mencapai kepuasan pelanggan terhadap kualiti makanan sekurang-kurangnya 80%.

  • Objektif Umum:

    Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

    Objektif Khusus:

    1. Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas satu, dua, tiga dan wad kanak-kanak.
    2. Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, doktor bertugas dewan bedah dan paramedik bertugas dewan bedah, mengikut kelayakan.
    3. Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam, mengikut kelayakan.
    4. Untuk memastikan khidmat ‘medical nutrition therapy bagi ‘oral diet’ serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor
    5. Untuk memberi latihan praktikal katering dan ‘internship’ dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi.

    Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.


    1. Menyediakan diet normal Kelas 3 untuk ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak.
    2. Menyediakan makanan untuk doktor yang bertugas atas panggilan (on-call) di hospital dan doktor serta paramedik yang bertugas di Dewan Bedah.
    3. Membekalkan catuan makan malam untuk anggota yang bertugas malam.
    4. Membekalkan makanan untuk pesakit yang menerima rawatan harian.
    5. Membekalkan dry ration @ bekalan makanan kering kepada wad.
    6. Memberi khidmat ‘medical nutrition therapy’ untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh doktor.
    7. Memberi ceramah, latihan dan pendidikan berterusan mengikut keperluan.
    8. Memberi latihan praktikal katering dan latihan ‘internship’ dietetik kepada pelatih-pelatih Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.

    Melaksanakan kajian untuk peningkatan mutu perkhidmatan.

  • o
  • Perkhidmatan Sajian:
    • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
    • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
     
    Perkhidmatan Dietetik:
    • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘evidence-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
    • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
  • Klinik diet hanya beroperasi pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.

    (dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari)