• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Penyelia Hospital

Unit Penyelia Hospital

  •  

    Ketua Unit Penyelia Hospital

     

    PENYELIA HOSPITAL

    Membantu dalam pengurusan hospital dan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan hospital dengan cara yang

    paling optima dengan menggunakan sumber-sumber (resources) yang sedia ada mengikut polisi, peraturan-peraturan dan panduan yang telah ditetapkan.  Penyelia Hospital adalah bertanggungjawab (responsible to) terus kepada Pengarah Hospital.                   

     

    UNIT PENYELIAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

    Menyelia (Supervises) kelakuan dan pencapaian pegawai-pegawai secara langsung atau  tidak langsung berdasarkan

     standard yang telah ditetapkan.  Menempatkan pegawai-pegawai berdasarkan pengalaman,  kemahiran, kesungguhan dan latihan yang telah diperolehinya.  

    Mengaturkan latihan bagi pegawai-pegawai yang memerlukan peningkatan pengetahuan dan kemahiran kerja

  • VISI

    Mewujudkan sebuah Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan yang dinamik dan cemerlang.

    MISI

    Untuk memberi kemudahan kepada kakitangan secara komprehensif dan berfokuskan kepuasan bekerja.Misi ini dapat dicapai melalui 

    kerja berpasukan oleh semua peringkat anggota Kesihatan.

    Piagam Pelanggan

    Semua kakitangan akan dilayan dengan saksama, bersopan santun dan profesionalisma. Sebarang masalah akan cuba diselesaikan dengan kadar segera.

    Sebarang maklumat peribadi menjadi kerahsiaan. Agihan tugas kakitangan akan diambil kira dari segi kemahiran, pengalaman dan tahap akedemik. 

    Menjadi pegawai perantaraan dan penyelaras bagi aktiviti-aktiviti latihan antara pihak atasan dan Jabatan-jabatan lain.

    Objektif Unit Penyeliaan

    Untuk menyediakan perkhidmatan yang kondusif dan profesionalisma kepada kakitangan dibawah pengawasan unit ini.