• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Penyelia Jururawat

Unit Penyelia Jururawat

  • Unit Perkhidmatan Kejururawatan  merupakan perkhidmatan yang penting dalam organisasi Hospital Taiping. Unit ini  bertanggungjawab menyelia

    jururawat dari aspek perkhidmatan, latihan dan kebajikan. Pada tahun 2016 terdapat 1022 anggota jururawat yang mana kategori gred U29

    adalah  golongan yang paling ramai .

       Unit ini diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat U42  yang  bertanggungjawab ke atas tugas penyeliaan yang menyeluruh terhadap penyeliaan

    Perkhidmatan Kejururawatan. Beliau dibantu oleh 2 orang Penyelia Jururawat U42, 8 orang Penyelia Jururawat U36 yang menjaga disiplin

    Perubatan, Pembedahan, Dewan Bedah dan Dewan Bedah Bersalin, Pediatrik , O&G, Multi Displin serta Unit Sokongan.

    Disamping itu terdapat  4 orang Jururawat Klinikal U41 menjalankan tugas perawatan klinikal di wad-wad 

    mengikut senarai tugas yang ditetapkan serta kepakaran masing-masing.

  • VISI

     Mewujudkan golongan jururawat yang unggul untuk memberi penjagaan dan perawatan yang sempurna kepada pelanggan ke arah peningkatan kualiti hidup.

     

     MISI

     Meningkatkan piawaian dan kualiti penjagaan dan perawatan yang Optima kepada pelanggan menerusi pembangunan profesion kejururawatan mengikut perkembangan teknologi semasa.

     

     

  • OBJEKTIF KEJURURAWATAN

    • Menyediakan Perkhidmatan Kejururawatan yang bermutu cekap, berkualiti, berkesan  dan holistik melalui  perancangan, perlaksanaan dan pengekalan  yang optima.                            
    • Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengamalan melalui kursus, latihan, bengkel, taklimat serta orientasi secara berterusan. 
    • Menyelaras dan mengguna pakai sumber tenaga staf yang sediaada bagi meningkatkan perkhidmatan kejururawatan
  •  Unit perkhidmatan kejururawatan berfungsi untuk merancang, melaksanakan, menyelaras dan menilai  amalan  kejururawatan

    serta bertanggungjawab di dalam perlaksanaan tugas harian dibahagian klinikal supaya ianya berkualiti, efisyen, berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.