• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Pendidikan Kesihatan

Unit Pendidikan Kesihatan

  • PENGENALAN

     Unit Pendidikan Kesihatan adalah satu unit di bawah Perkhidmatan sokongan bukan klinikal. Berfungsi untuk menggalakkan masyarakat untuk menghargai kesihatan

    mereka sebagai satu aset yang bernilai melalui aktiviti Promosi Kesihatan yang dijalankan. Unit ini menyelaras, melaksana dan turut membantu jabatan atau unit lain

    melakukan aktiviti Promosi Kesihatan pada warga kerja hospital dan pelawat dari semasa ke semasa. Secara amnya unit ini menjadi pelengkap untuk membantu

    mendidik pesakit, keluarga serta orang awam bagi memahami masalah kesihatan dan meningkatkan pengetahuan terhadap pencegahan penyakit secara umum.


     

  •  VISI

    Menjadi sebuah unit yang memberi dan menyampaikan perkhidmatan serta maklumat yang berkesan dalam bidang pendidikan pesakit, dengan berfokus kepada

    perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif serta mempromosikan cara hidup sihat kepada masyarakat mengikut program polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.

    MISI

     Menyediakan perkhidmatan dan maklumat pendidikan kesihatan yang berkualiti, cekap, efisien dan berkesan untuk memberi kesedaran dan meningkatkan

    pengetahuan kepada pelanggan.

  • OBJEKTIF AM

    Untuk meningkatkan status kesihatan pesakit melalui pengurusan yang berkesan mengenai penyakit mereka dan menyumbang ke arah pembentukan sebuah negara yang sihat.

    OBJEKTIF KURSUS

     a)   Untuk menyediakan pelanggan (pesakit, keluarga pesakit, kakitangan hospital dan masyarakat) dengan pengetahuan, sikap dan kefahaman yang berkaitan

    supaya mereka boleh menguruskan masalah penyakit mereka daripada menjadi lebih teruk.

     b)   Memberi bantuan dan sokongan kepada pelanggan untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.

     c)   Bekerjasama ke arah mempromosikan sebuah negara sihat melalui penyebaran maklumat-maklumat kesihatan kepada pelanggan.