• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Kewangan & Hasil

Unit Kewangan / Hasil

  • Unit  Kewangan merupakan salah satu unit dalam Bahagian Pengurusan  Hospital Taiping yang dianggotai  oleh 58 orang

    kakitangan dan diketuai oleh seorang Akauntan Kanan  WA44. Unit Kewangan merangkumi Unit Hasil, Akaun, Bayaran,

    Gaji dan Perolehan.

  • MISI

    Menjadi sebuah organisasi terbilang dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam

     

    VISI

    1) Merancang semua aktiviti di bawah pengurusan kewangan dengan teratur dan efisyen.
     
    2) Menggunakan sumber manusia dan lain-lain sumber secara berkesan untuk melaksanakan
        pengurusan kewangan yang berkesan.
     
    3) Membuat kawalan dan pemantauan prestasi perbelanjaan dan kutipan hasil.
     
    4) Menguatkuasakan semua peraturan kewangan.
  • 1. Mengurus dan mengawal peruntukan agar perbelanjaan tidak melebihi peruntukan. Ini adalah temasuk penyediaan Bajet Review dan Anggaran
        Belanjawan Tahunan.
     
    2. Menguruskan pembayaran bil dan tuntutan dalam masa 7 hari dan memastikan AP58(a) terkawal
       
    3. Menguruskan pembayaran emolumen kakitangan
     
    4. Memastikan semua prosedur dan peraturan kewangan, perakaunan dan perolehan dipatuhi  sepenuhnya.
     
    5. Memastikan semua rekod kewangan dikemaskini dan diselenggara dengan baik.
     
    6. Menguruskan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer kakitangan hospital.
     
    7. Menguruskan permohonan sara ubat kakitangan Hospital
     
    8. Menguruskan perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan yang tidak melibatkan Ubat, consumablesdan bahan mentah bagi keperluan
        Jabatan Dietetik Sajian.
     
    9. Memastikan penggunaan sistem eperolehan melebihi 70% daripada jumlah transaksi perolehan yang dibuat.
     
    10. Bertanggungjawab menerima dan mengurus semua bayaran berkaitan dengan caj-caj yang dikenakan kepada pesakit luar dan dalam
          mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Akta Fi 1951, Perintah Fi (Perubatan) 1982, Perintah Fi (Perubatan) Pindaan 2003, Perintah
          Am Bab “F”, Pekeliling-pekeliling Kewangan dan  pindaan-pindaan yang dikeluarkan selepas itu serta pekeliling-pekeliling berkaitan.
     
    11. Memastikan jumlah tunggakan bil hospital tidak melebihi 25% sebulan.
     
    12. Mengutip deposit mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi pesakit yang mendaftar sebagai pesakit dalam.
     
    13. Memberi perkhidmatan dan layanan yang cekap dan mesra kepada pesakit dan pelanggan.
     
    14. Memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan anggota berteraskan amalan nilai-nilai murni.
  • Bahagian

    Masa

    Hari

    Kaunter Utama Unit Hasil

    8.15pg – 4.15ptg

    Isnin - Jumaat

    Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar

    8.15pg – 4.15ptg

    Isnin - Jumaat

    Kaunter Bilik Daftar Masuk (BDM) & Kaunter Kecemasan

    24 Jam

    Setiap Hari