• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Keselamatan

Unit Keselamatan

  •  

    VISI 

    Tanggungjawab Unit Keselamatan, Hospital Taiping adalah untuk memastikan keselamatan perlindungan terjamin sepanjang masa bagi mengelakkan pelanggaran

    keselamatan dengan memberi khidmat nasihat berkaitan sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan dan Pengurusan Rahsia Rasmi Kerajaan

    berpandukan kepada peruntukan- peruntukan dalam Akta- akta berkaitan, Arahan Keselamatan, Arahan Tetap Sasaran Penting dan Surat- surat Pekeliling

    yang berkuatkuasa bagi dipatuhi, diambil tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan secara berterusan. 

     

    MISI 

    Unit Keselamatan, berperanan memberikan khidmat nasihat keselamatan perlindungan dan memastikan tugasan operasi yang ditetapkan oleh

    Pengarah Hospital Taiping berjalan lancar dan sempurna sepanjang masa. 

  • OBJEKTIF AM 

    Melaksanakan perkhidmatan secara profesional , cekap dan berkesan serta bertanggungjawab ke atas perancangan , pelaksanaan program dan

    penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional. Kualiti untuk semua, Akauntabiliti bersama sebagai teras

    perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan. 

     

    OBJEKTIF KHUSUS 

    • Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan dalam memberikan khidmat nasihat bagi memastikan kesempurnaan tugas keselamatan
    • perlindungan; 
    • Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan dalam melaksanakan dan memastikan kesempurnaan tugasan operasi yang ditetapkan; 
    • Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan fizikal yang merangkumi;
    1. Akridetasi;
    2. Kawalan kunci;
    3. Kawalan akses;
    4. Sistem keselamatan;
    5. Kelengkapan fizikal; dan
    6. Kelengkapan Pengawal Keselamatan. 
    • Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan, keselamatan dokumen, maklumat dan bahan;
    1. Pengelasan;
    2. Pengelasan semula;
    3. Penyimpanan;
    4. Pemeringkatan;
    5. Pelupusan; dan
    6. Pengurusan fail 
    • Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan peribadi yang merangkumi;
    1. Perlantikan Pegawai Keselamatan Jabatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan;
    2. Perlantikan Pegawai Pengelas di bawah Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972;
    3. Mengenalpasti pemegang Jawatan Keselamatan Berjadual;
    4. Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (sedang berkhidmat dan meninggalkan perkhidmatan);
    5. Tapisan keselamatan;
    6. Pemeriksaan penyalahgunaan dadah; dan
    7. Kempen kesedaran keselamatan. 
    • Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan ICT;
    1. Keselamatan pusat data;
    2. Keselamatan fizikal dan persekitaran asset komputer; dan
    3. Kawalan akses pembekal ICT. 
    • Memastikan kelancaran pengurusan operasi dan tugasan pengawal keselamatan;
    • Membantu menyedia, melaksanakan dan memastikan bagi memastikan bagi menjamin keberkesanan Pelan Kontegensi Keselamatan; 
    • Membantu membangunkan dan memberi latihan kesedaran keselamatan perlindungan dan memastikan menghadiri kursus- kursus yang ditetapkan; 
    • Membantu dan menyediakan dan mengeluarkan arahan- arahan keselamatan perlindungan dari semasa ke semasa; 
    • Membantu, memeriksa dan menjalankan siasatan dalaman ke atas pelanggaran keselamatan perlindungan, menyedia dan mengemukakan laporan kepada Ketua Perkhidmatan; 
    • Membantu dan menyelaras kelancaran pemeriksaan dan siasatan bersama pihak berkuasa berkaitan; dan 
    • Melaksanakan tugas- tugas lain seperti yang diarah oleh Ketua Jabatan atau Pegawai Keselamatan Jabatan dari semasa ke semasa.