• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Pengurusan & Pentadbiran

Unit Pengurusan & Pentadbiran

  • SEJARAH

    Hospital Taiping merupakan salah satu institusi perubatan yang pertama didirikan di Negeri Perak. Mengikut sejarah, hospital ini didirikan pada tahun 1880

    oleh Persatuan Masyarakat Cina dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Pada tahun 1886, hospital ini diambilalih oleh pihak berkuasa tempatan ketika itu.

    Hospital Taiping terletak di tengah-tengah Bandar Taiping,  80km ke utara dari Bandar Ipoh, 85 km ke selatan dari Pulau Pinang dan 8 km dari lebuh raya

    Utara Selatan (persimpangan Changkat Jering). Kedudukan yang stategik dan kemudahan infrastruktur komunikasi yang baik menyebabkan hospital ini mudah

    dikunjungi dan ianya juga telah dijadikan sebagai Hospital rujukan utama bagi Perak Utara.

    Hospital Taiping merupakan sebuah Hospital Daerah yang Kedua terbesar di Perak mempunyai 608 katil dan kadar penggunaan katil pada tahun 2012 sebanyak 70.11%. 

    Selain memberi Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Primer, ianya mempunyai Perkhidmatan Rujukan  bagi rawatan Sekunder serta Kemudahan Latihan bagi

    Pegawai Perubatan Siswazah dan Jururawat  dan juga terlibat dalam Program Sarjana Perubatan secara sistem terbuka.

    Pada ketika ini, selain dari memberi perkhidmatan kepada penduduk di Daerah Larut Matang, hospital ini juga adalah rujukan bagi Hospital Selama,

    Hospital Parit Buntar dan Hospital Kuala Kangsar. Pesakit dari Pusat Kesihatan di daerah yang berdekatan seperti  Pantai Remis  dan Alor Pongsu juga dirujuk ke

    hospital ini.

  • VISI

    Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

     MISI

    Adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :

     untuk memudahkan dan membolehkan rakyat

    • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
    • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
    • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

     untuk memastikan kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

    • mengutamakan pelanggan
    • saksama
    • tidak membebankan
    • cekap
    • wajar mengikut teknologi
    • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
    • inovatif

     dengan menekankan

    • sifat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan
    • sifat menghormati maruah insan
    • penglibatan masyarakat

     DASAR KUALITI HOSPITAL TAIPING

     Kami adalah komited untuk menjadikan Hospital Taiping sebagai sebuah Institusi Perubatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya serta berusaha untuk membuat penambaikan secara berterusan dan kepatuhan yang konsisten terhadap Sistem Pengurusan Kualiti.

    OBJEKTIF

    Memberi perkhidmatan bercorak diagnose penyakit, mengubatinya serta memulihkan semua pesakit yang memerlukan rawatan untuk meninggikan taraf kesihatan rakyat.

  •  Perkhidmatan Rawatan

    Sebuah Hospital Rujukan bagi beberapa hospital berhampiran, pelbagai Perkhidmatan Rawatan disediakan meliputi: 

    • Kecemasan
    • Perubatan
    • Pediatrik
    • Obstetrik dan Ginekologi
    • Pembedahan
    • Ortopedik
    • Psikiatri & Kesihatan Mental
    • Anestesiologi & Rawatan Rapi
    • Bedah Mulut
    • Oftalmologi
    • Otorinolaringologi
    • Kulit *
    • Onkologi*
    • Kadiologi*
    • Haemodialisis
    • Patologi
    • Perkhidmatan Pengimejan Diagnostik
    • perkhidmatan pakar * pakar lawatan

     Perkhidmatan Sokongan

    Perkhidmatan Tambahan disediakan bagi menyokong Perkhidmatan Rawatan: 

    • Pentadbiran Hospital
    • Farmasi dan Bekalan
    • Fisioterapi
    • Carakerja
    • Kerja Sosial Perubatan
    • Pendidikan Kesihatan
    • Pemulihan Carakerja
    • Sajian& Dietetik
    • Kejururawatan
    • Penyeliaan
    • Rekod Perubatan
    • Ambulan dan Pengangkutan
    • Unit Kualiti
    • Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
    • Faber
    • SIHAT

     Perkhidmatan Latihan

     Merupakan antara Pusat Latihan Utama yang mengendalikan pelbagai kategori latihan kepada pegawai dan kakitangan kesihatan seperti berikut:

    • Latihan Pegawai Perubatan Siswazah
    • Latihan Program Sarjana Perubatan Sistem Terbuka
    • Latihan Amali Pegawai Farmasi Pelatih
    • Latihan Amali Pegawai Pergigian Siswazah
    • Latihan Amali Juru X-Ray Pelatih
    • Latihan Amali Pembantu Farmasi Pelatih
    • Latihan Amali Pos Basik Pembantu Perubatan
    • Latihan Dalam Perkhidmatan
  •   Hospital Taiping diketuai oleh Pengarah Hospital dan dibantu oleh Ketua-Ketua Jabatan dari Perkhidmatan Rawatan, Perkhidmatan Sokongan dan Latihan.

    Pelbagai Jawatankuasa ditubuhkan bagi menguruskan dasar-dasar serta Program Kementerian Kesihatan Malaysia.

  •  Pelbagai jawatankuasa ditubuhkan bagi menguruskan dasar-dasar serta program KKM. Jawatankuasa ini terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Jawatankuasa Pentadbiran, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kebajikan adalah seperti berikut: 

    • Jawatankuasa Pentadbiran

     (bagi menguruskan perkara pentadbiran)

    • Jawatankuasa Pengurusan
    • Jawatankuasa Kewangan dan Akaun
    • Jawatankuasa Kesihatan & Keselamatan Pekerja
    • Jawatankuasa Pemandu Kualiti
    • Jawatankuasa Perumahan
    • Jawatankuasa Penswastaan Hospital
    • Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan
    • Jawatankuasa Kawalan Keselamatan

     Jawatankuasa Teknikal

     (bagi mengendalikan dasar/isu berkaitan perawatan pesakit)

    • Jawatankuasa Penasihat Perubatan
    • Jawatankuasa Perolehan Ubatan-ubatan
    • Jawatankuasa Kawalan Infeksi Hospital
    • Jawatankuasa Quality Assurance (QAP)
    • Jawatankuasa Latihan
    • Jawatankuasa Therapeutic drug Monitoring
    • Jawatankuasa Dewan Bedah
    • Jawatankuasa Total Parental Nutrition 
    • Jawatankuasa Kebajikan

     (bagi menganjurkan aktiviti pesakit dan anggota hospital)

    • Jawatankuasa Kelab Sukan Perkhidmatan Kesihatan
    • Jawatankuasa Persatuan
    • Jawatankuasa Badan Kebajikan Psikiatri & Kesihatan Mental
    • Jawatankuasa Hari Keluarga
  • OBJEKTIF :

     Untuk melaksanakan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia khasnya dan kerajaan amnya serta menguruskan sumber tenaga manusia, kewangandan cekap, tepat dan berkesan serta memeberi perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan kepada Peraturan dan Undang-undang yang sedia ada.

    PIAGAM :

     -Surat-surat biasa yang diterima untuk tindakan jabatan / unit dihantar dalam masa 2 hari selepas diminit oleh pegawai, manakala surat-surat tindakan segera dihantar pada hari yang sama.

    -Pekeliling-pekeliling yang diterima diedarkan pada jabatan / unit selewat-lewatnya 2 hari.

    -Surat-surat yang memerlukan maklumbalas, dihantar ke jabatan/unit yang berkaitan (JKN/KKM) dalam tempoh 7 hari setelah diterima kecuali surat-surat tindakan segera akan dihantar segera.

    -Setiap pelanggan akan dilayan dengan penuh mesra dalam masa 10 minit.

    -Setiap aduan/cadangan yang dikemukakan diberi maklumbalas kepada pelanggan dalam tempoh 1 bulan.