• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Sokongan Bukan Klinikal
  • Kejuruteraan

Unit Kejuruteraan

  • Bahagian Kejuruteraan dan Penswastaan ditubuhkan di bawah Seksyen Operasi Hospital, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan 

    Malaysia yang berperanan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengawalselia pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital oleh Syarikat  

    Konsesi (Edgenta Mediserve Sdn Bhd) Selain daripada itu,khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan juga turut diberikan bagi memastikan 

    setiap aspek teknikal adalah berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja serta prosedur yang betul. 

  • VISI

    Mengawalselia Perkhidmat Sokongan Hospital (PSH) serta memberikan perkhidmatan kejuruteraan secara profesional

    bagi memastikan kelancaran serta kesempurnaan operasi hospital. Bekerjasama erat dengan Edgenta MediServe Sdn Bhd

    dalam merangka dan mencari jalan penyelesaian ke atas permasalahanoperasi Hospital dan aset-aset Hospital secara kolektif 

    dan efektif demi kepuasan pengguna dan pelanggan organisasi.

     

    MISI

    Unit Kejuruteraan akan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan:

    • Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti hospital, kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan, kebersihan,
    • linen dan pelupusan sisa klinikal diurus dengan berkesan.
    • Menjalankan pemeriksaan dan audit teknikal bagi semua sistem fasiliti hospital termasuk kemudahan asas dan awam.
    • Memberikan khidmat nasihat teknikal secara profesional berkaitan dengan perkhidmatan kejuruteraan.
    • Mewujudkan satu budaya kerja berpasukan dan bekerjasama di antara Unit Kejuruteraan di dalam Negeri Selangor dan 
    • Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

     

  • Memantau perlaksanaan Perkhidmat Sokongan Hospital (PSH) bagi Perkhidmatan Linen (LLS), Pembersihan (CLS), Pengurusan Sisa Klinikal (HWMS),

    Pengurusan Fasiliti (FMS), Kejuruteraan Fasiliti (FEMS) dan Kejuruteraan Biomedical (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi.

    • Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
    • Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah berterusan, cekap dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.
    • Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal.
    • Membantu menguruskan pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan.
    • Memberi pendidikan dan latihan kepada pengguna bagi mempertingkatkan pemahaman tentang Khidmat Sokongan Hospital.