Jabatan Otorinolaringologi

  •  

    Jabatan Otoriolaringologi, Hospital Taiping adalah jabatan yang memberi perkhidmatan kepada pesakit- pesakit yang mengalami masalah Telinga, 

    Hidung dan Tekak bagi kawasan Taiping dan menerima rujukan daripada seluruh Perak Utara. Rujukan diterima daripada hospital- hospital periferi ,

     Klinik kesihatan kerajaan dan hospital-hospital dan klinik swasta.

    Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan iaitu Dr. Avatar Singh dan dibantu oleh dua lagi  pakar ORL , pegawai perubatan ,

     dan kakitangan kumpulan sokongan

  • VISI

    Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta kepakaran yang berkesan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan

     MISI

    Pesakit yang menerima rawatan akan diberi layanan dan rawatan yang berkesan bagi memenuhi saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat sihat dan berkualiti.

     PIAGAM PELANGGAN

    Setiap pesakit  yang  dirujuk ke Klinik Pakar Otorhinolaringologi, Head-Neck Surgery, Hospital Taiping, Perak 95%

     daripadanya akan diperiksa oleh doktor dalam masa 90 minit selepas pendaftaran. Semua pesakit akan diberi rawatan telinga, hidung dan tekak yang berkesan dan berkualiti bagi mempertingkatkan fungsinya ke tahap yang optimum. 

     Semua pesakit akan dihormati, dilayan sebaik mungkin, mesra, bersopan satun, bertimbangrasa, ikhlas dan jujur. 

     Semua pesakit akan diberi penerangan yang jelas tentang segala prosedur dan rawatan yang di rancang yang akan dilakukan serta risiko dan pilihan rawatan yang lain jika ada.  

    Semua pesakit yang memerlukan rawatan ORL tetapi tiada kemudahan di klinik ORL Hospital Taiping, Perak akan di rujuk ke hospital lain yang bersesuaian.  

    Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan pesakit akan di rahsiakan, hanya akan di beritahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit atau

     warisnya yang tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada. 

     OBJEKTIF

    Jabatan Otorinolaringology Hospital Taiping  menyediakan perkhidmatan diagnostik,

    rawatan dan pemulihan yang bermutu kepada pesakit telinga, hidung dan tekak serta penyakit-penyakit yang berkaitan bagi meningkatkan kualiti kesihatan pesakit-pesakit.

  • Klinik Otorinolaringology memberi rawatan kepada pesakit baru, susulan, dan perkhidmatan seperti  laporan perubatan dan Jemaah perkeso. 

     Klinik  rawatan ulangan adalah pada hari Rabu dan Khamis, Pembedahan Am pada hari Selasa dan Pembedahan kecil pada hari Rabu petang.

     

  • Lawatan Pakar ke Hospital Daerah adalah seperti berikut :

     

          Minggu pertama (Isnin)  - Hospital Parit Buntar

          Minggu Kedua (Isnin)    - Hospital Kuala Kangsar   

          Minggu ketiga (Jumaat)  - Hospital Selama   

          Minggu keempat (Jumaat)- Hospital Kuala Kangsar

    • Perkhidmatan Klinik – bagi penyakit –penyakit yang berkaitan dengan ENT
    • Pembedahan – pesakit –pesakit yang memerlukan rawatan pembedahan
    • Unit Audiologi
    • Unit Pertuturan
    • Day Care Surgery