Dr Manoharan A/L Krishnan Ketua Jabatan Pengenalan Jabatan ortopedik terdiri daripada Klinik Ortopedik dan Wad - Wad Ortopedik. Dewan Bedah Ortopedik berkongsi bangunan dengan Dewan Bedah Am Hospital Taiping. Jabatan ortopedik merupakan salah satu jabatan yang terpenting di Hospital Taiping. Mula beroperasi pada bulan November tahun 1997. Kini diketuai oleh Mr Manoharan Krishnan. Selain dari memberi per khidmatan dan rawatan kepada pesakit - pesakit di hospital ini, jabatan ini juga memainkan peranan sebagai pusat rujukan kepada pesakit - pesakit dari klinik - klinik dan Hospital - hospital yang berdekatan seperti Hospital Kuala Kangsar,Hospital Selama, Hospital Parit Buntar, Hospital Gerik dan Klinik Kesihatan dari daerah Larut, Matang dan Selama. Jabatan ini memberi rawatan kepada pesakit dari daerah Kerian, Kuala Kangsar,daerah Ulu Perak, daerah Lar ut, Matang dan Selama. Disamping memberi rawatan, jabatan ini juga memainkan peranan penting dalam memberi latihan kepada Pegawai Perubatan Siswazah, pelajar -pelajar Perubatan, pelajar -pelajar KKM Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat dan akhir sekali pelajar -pelajar Jururawat daripada Bukit Merah dan Masterskill . Klinik ‘Foot and Ankle’ telah beroperasi mulai Jan 2011 yang di ketuai oleh Dr Mohan Raj, di samping Klinik ‘Diabetic Foot Ulcer’. VISI Jabatan Ortopedik Hospital Taiping sebagai pusat rujukkan antara yang terbaik selain dari Hospital Ipoh. Dengam Matla mat menyediakan perkhidmatan perubatan dan pembedahan Ortopedik yang lengkap selaras dengan keperluan semasa bagi membolehkan individu menjalankan kehidupan yang produktif dari aspek ekonomi dan sosial. MISI Jabatan Ortopedik Hospital Taiping akan memberikan perkhidmatan yang cekap, professional, berkualiti, adil, mampu disediakan dan diperolehi serta memberi kepuasan kepada pelanggan dan komuniti kearah peningkatan mutu kehidupan. OBJEKTIF 1.Untuk member iperkhidmatan komprehensif dengan kualiti terbaik kepada penduduk di sekitar negeri Perak (Utara). 2.Sebagai pusat rujukkan perkhidmatan Ortopedik untuk seluruh negeri Perak (Utara). 3.Untuk mempertingkatkan kemudahan perkhidmatan Ortopedik, membangunkan sub -speciality dalam perkhidmatan Ortopedik dan memperkenalkan teknologi baru di Hospital Taiping. 4.Untuk mengggalakkan dan member pembelajaran perubatan berterusan bagi membolehkan Jabatan sebagai pusat latihanOrtopedik selain daripada Hospital Ipoh. 5.Untuk menggalakkan penyelidikan Klinikal dalam bidang ortopedik. 6.Untuk menggalakkan kerja berpasukan dalam Jabatan dan Hospital keseluruhannya. 1.Menyediakan kemudahan untuk diagnosa, terapuetik, rawatan dan rehabilitasi untuk pesakit Ortopedik. 2.Menyediakan perkhidmatan: Polisi Perkhidmatan Pesakit Luar Ortopedik Pesakit mestilah dirujuk oleh mana-mana Pegawai / Pengawal Perubatan Kerajaan atau Swasta. Punca rujukan. a)Jabatan Pesakit Luar b)Jabatan Kecemasan c)Klinik-Klinik Pakar d)Klinik Kesihatan Kerajaan e)Klinik Swasta f)Hospital Periferi Kerajaan g)Hospital Swasta Klinik Pesakit Luar Ortopedik Polisi:
Jabatan Orthopedik