• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Oftalmologi

Jabatan Oftalmologi

  • Jabatan Oftalmologi yang terletak di tingkat satu Bangunan Poliklinik merupakan pusat rujukan perawatan mata bagi kawasan utara

    negeri Perak. Ini termasuk daerah Larut, Matang dan Selama serta Kerian. Selain itu perkhidmatan Jabatan Oftalmologi juga meliputi

    Daerah Kuala Kangsar, dan Daerah Hulu Perak, termasuk Kedah Selatan iaitu Selama Kedah, dan kawasan yang berdekatan.

    Jabatan Oftalmologi sentiasa menyusun strategi dalam mempertingkatkan rawatan oftalmik pesakit dan menjadi nadi utama dalam

    penerimaan kes-kes perawatan mata termasuk memberi perkhidmatan kes-kes kecemasan bagi anggota yang bertugas di atas panggilan

    (on-call). Jabatan ini telah berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan dan juga memastikan aktiviti-aktiviti

    berlandaskan pelan strategi jabatan berjalan lancar sepanjang tahun .

     

    • Memberikan perkhidmatan dan perawatan mata untuk pesakit luar dan dalaman
    • Memeriksa dan merawat kes-kes rujukan yang mempunyai masalah berkaitan mata
    • Menyediakan perkhidmatan pembedahan mata ke atas kes-kes yang memerlukan
    • Menyediakan perkhidmatan optometri
    • Menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan pendidikan kesihatan mata
    Menyediakan pendidikan dan pembelajaran berterusan melalui CME jabatan dan hospital untuk kakitangan jabatan.
  • VISI

    Ke Arah Oftalmologi Sempurna

     

    MISI

    Untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan dan diagnosis yang tepat, berkesan, mencukupi serta memuaskan pesakit yang memerlukan

    rawatan kepakaran dan susulan.

  • OBJEKTIF

      • Berusaha memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, dan berkualiti kepada pelanggan
      • Berusaha sedaya upaya memelihara kesihatan mata demi kesempurnaan penglihatan
      • Merawat, memulihkan atau mengurangkan kerosakan mata serta mengekalkan taraf penglihatan yang maksimum
      • Memberi perkhidmatan pencegahan, pengesanan, perawatan awal, pembedahan dan pemulihan yang cekap serta berkesan agar kes-kes
      • kecacatan penglihatan dapat dikurangkan.

     

    PIAGAM PELANGGAN

    Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan seperti berikut :

        • Masa Pendaftaran adalah 10 minit
        • 90% pesakit dilihat oleh Pegawai Perubatan di dalam tempoh 90 minit
        • Memberi rawatan mata yang sewajarnya dan berkualiti demi meningkatkan penglihatan mata ke tahap yang maksimum
        • Setiap pelanggan akan dilayan dengan sebaik mungkin, mesra, hormat, bertimbang rasa, bersopan santun, jujur dan ikhlas
        • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan                                                                pilihan yang lain
        • Pesakit yang memerlukan rawatan yang tidak terdapat di Jabatan ini akan dirujuk ke Hospital lain yang sesuai
        • Setiap pesakit akan diberi jaminan bahawa semasa rawatan diberi, kerahsiaan dan kehormatan pesakit (terutama pesakit wanita)                                                          akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak yang tertentu sahaja dengan izin pesakit atau warisnya tertakluk kepada                                                        undang-undang yang sedia ada.

     

  • Rawatan Pesakit Luar

    Rawatan pesakit luar mata dikendalikan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Jumaat, manakala bagi kes-kes pemeriksaan sebelum pembedahan

    diberi temu janji pada hari Isnin dan Khamis. Bagi kes ulangan temu janji diberi mengikut temu janji pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat.

     

    Rawatan Kecemasan Mata

    Rawatan kecemasan pesakit mata diberikan setiap hari bekerja di klinik mata di mana seorang pegawai perubatan mata atas panggilan

    ditempatkan di sana. Pesakit yang membawa surat rujukan atau pesakit mata yang memerlukan rawatan segera akan dilihat secara terus

    oleh pegawai perubatan mata.

    Kes-kes kecemasan di luar waktu pejabat akan dirujuk terus kepada pegawai perubatan yang bertugas di atas panggilan (On-Call) oleh

    klinik kesihatan atau melalui Jabatan Kecemasan hospital berdekatan.

     

    Rawatan Pesakit Dalam

    Dikendalikan di wad D3 dan C5 di mana pesakit dimasukkan untuk pembedahan dan rawatan selanjutnya.

     

    Rawatan Pembedahan

    Rawatan pembedahan dilakukan secara elektif ataupun kecemasan mengikut jenis-jenis masalah mata. Ia juga boleh dilakukan secara bius

    setempat dan bius am. Pakar akan berbincang dengan pesakit berkenaan rawatan pembedahan yang terbaik untuk pesakit. Pembedahan elektif

    diadakan tiga kali seminggu iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis setiap minggu. Pembedahan elektif boleh dipilih untuk dijalankan secara

    rawatan pesakit dalaman atau kemasukan hari pembedahan (day surgery admission).

     

    Rawatan Laser

    Jenis-jenis rawatan laser yang terdapat di jabatan ini termasuk Argon Laser dan YAG Laser.

     

    Kes-kes Rujukan

    Semua kes mata yang dirujuk ke Hospital Taiping mesti disertakan dengan surat rujukan. Pada waktu pejabat semua kes rujukan akan

    dikendalikan oleh klinik kecemasan Oftalmologi. Kes-kes yang dirujuk dari jabatan atau unit lain, klinik-klinik kesihatan atau klinik swasta

    akan disaring dan diberi rawatan atau temu janji mengikut keseriusan penyakit yang dihidapi pesakit.

    Kes-kes kecemasan yang hendak dirujuk perlu berbincang terlebih dahulu dengan pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan.

     

    Perkhidmatan Optometri

    Perkhidmatan yang diberi adalah seperti berikut:

    • Perkhidmatan Optometri Am
    • Perkhidmatan Kanta Lekap
    • Perkhidmatan Penglihatan Binokular dan Ortoptik
    • Perkhidmatan Penglihatan Terhad
    • Perkhidmatan Optometri Terhad
    • Perkhidmatan Optometri Pediatrik
    • Perkhidmatan Diagnostik Khas

     

    Lawatan Pakar ke Hospital Selama dan Parit Buntar

    Lawatan pakar dilakukan sekali sebulan di Hospital Selama dan Parit Buntar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

  • MASA / HARI

    8.00 pagi - 1.00 petang

    2.00 petang - 5.00 petang

    ISNIN

    • Hari Pembedahan
    • Pemeriksaan Sebelum Pembedahan
    • Kes-kes Kecemasan
    • Klinik Optometri
    • Hari Pembedahan
    • Pemeriksaan Sebelum Pembedahan
    • Kes-kes Kecemasan
    • Klinik Optometri

    SELASA

    ·         Klinik Ulangan & Kes Baru

    • Kes-kes Kecemasan
    • Klinik Optometri

    ·         Klinik Ulangan & Kes Baru

    • Kes-kes Kecemasan
    • Klinik Optometri

    RABU

    • Hari Pembedahan
    • Klinik Ulangan & Kes Baru
    • Kes-kes Kecemasan
    • Klinik Optometri
    • Hari Pembedahan
    • Klinik Ulangan & Kes Baru
    • Kes-kes Kecemasan
    • Klinik Optometri

    KHAMIS

    • Hari Pembedahan
    • Pemeriksaan Sebelum Pembedahan
    • Kes-kes Kecemasan
    • Klinik Optometri
    • Hari Pembedahan
    • Pemeriksaan Sebelum Pembedahan
    • Kes-kes Kecemasan
    • Klinik Optometri

    MASA / HARI

    8.00 pagi – 12.15 tengah hari

    2.45 petang – 5.00 petang

    JUMAAT

    • Klinik Ulangan & Kes Baru
    • Kes-kes Kecemasan
    • Klinik Optometri

    ·         CME Jabatan

    ·         Kes-kes Kecemasan sahaja