• Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Klinikal
  • Psikiatrik & Kesihatan Mental

Jabatan Psikiatrik & Kesihatan Mental

  •  - Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Taiping merupakan sebuah pusat rawatan kesihatan mental yang merupakan pusat rujukan
        bagi kes-kes dari Hospital Kerajaan, pusat-pusat Kesihatan dan Klinik swasta di dalam kawasan operasinya.
     
     - Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Psikiatri JUSA C selaku Ketua Jabatan, seorang Pakar Psikiatri JUSA C (Pakar Kanak-kanak dan Remaja),
        seorang Pakar Psikiatri Klinikal, 10 orang Pegawai Perubatan, seorang Kaunselor, paramedik serta anggota auksilari yang lain.
     
     -Jabatan ini mempunyai enam disiplin yang berbeza iaitu Klinik Pakar, Unit Rehabilitasi Psikiatri, Pasukan Perawatan Rumah (Home Care Team),
       Klinik Metadon serta Wad Lelaki dan Wad Perempuan. Setiap satu nya mempunyai fungsi dan aktiviti yang tersendiri.
  • - Menggalakkan orang ramai untuk menghargai kesihatan mental seperti juga kesihatan fizikal dan mencapai potensi kesihatan mental yang optima
      serta mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan kesihatan mental yang baik demi untuk kehidupan yang lebih sempurna.
     
    - Memberi rawatan dan pemulihan yang maksima untuk pesakit melalui sumber-sumber yang sedia ada agar mereka dapat mencapai kehidupan
      yang lebih berkualiti dan cemerlang.
     

     

  • a)         Aktiviti Harian Klinik Pakar 
     
    Hari Pagi Petang
    Isnin
    • Kes Rujukan dari Wad Lain
    • Grand Wad Round
    • ECT
    • Kes-kes Rujukan dari Wad Lain
     
    Selasa
    • Kes Rujukan dari Wad Lain
    • Rujukan Kes-kes dari Klinik Terapi Gantian dengan Metadon
    • Rondaan Wad
    • Klinik Banduan
    • Kes Rujukan dari Wad Lain
    • Kes Rujukan Medical Wad (SOCSO)
    Rabu
    • Klinik Susulan untuk Kanak-kanak dan Remaja
    • Klinik Susulan ( Kes Ulangan)
    • ECT
    • Kes Rujukan dari Wad Lain
    Khamis
    • Klinik Susulan (kes Ulangan)
    • Rondaan Wad
    • CME Jabatan
    • Kes Rujukan dari Wad Lain
    Jumaat
    • Klinik Susulan ( Kes Ulangan)
    • ECT
    • Rujukan Kes-kes dari Klinik Terapi Gantian dengan Metadon
     
    • Kes Rujukan dari Wad Lain
    • Rondaan Wad

     

     

    Pagi

    Petang

    Isnin – Khamis

    8.00 am – 1.00 pm    

    2.00 pm – 5.00 pm

    Jumaat

    8.00 am – 12.15 pm  

    2.45 pm – 5.00 pm

      

    • Klinik Tutup : Hari Sabtu, Hari Ahad dan Hari Kelepasan Am

     Aktiviti Bulanan

    Hari kekerapan Aktiviti
    Isnin petang minggu pertama Setiap 2 bulan Mesyuarat Jabatan untuk membincangkan masalah jabatan dan cara-cara
             meningkatkan kualiti perkhidmatan.
    Selasa petang minggu kedua Setiap bulan Mesyuarat JawatankuasaPemulihan/Rehabilitasi 
    Jumaat pagi minggu kedua Setiap bulan Lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital Selama 
    Jumaat pagi minggu ketiga Setiap bulan Lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital Parit Buntar 
    Isnin pagi minggu keempat Setiap bulan Lawatan Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja ke Hospital Ipoh 
    Khamis pagi minggu keempat Setiap bulan Perjumpaan Kelab Skizofrenia
  • Unit Rehabilitasi Psikiatri merupakan unit yang aktif dalam membantu aktiviti pemulihan pesakit di jabatan ini.  Ianya dikendalikan oleh 2 orang jurupulih cara
    kerja dan dibantu oleh 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Jabatan ini memerlukan tambahan Pembantu Perawatan Kesihatan untuk lebih memberi kelancaran
    terhadap urusan kerja harian.Pesakit-pesakit yang dipilih untuk menjalani terapi pemulihan di sini terdiri dari mereka yang dirujuk oleh pegawai perubatan dan
    berkeupayaan untuk datang sendiri ke unit ini.Bermula tahun 2014, jabatan ini bercadang untuk mendapatkan tenaga Jururawat Terlatih. Dengan adanya anggota
    kejururawatan, pemantauan yang lebih berkesan dapatdilakukan kepada pesakit sama ada pesakit berkeupayaan untuk menyertai aktiviti, memandangkan kadang
    kala ada pesakit yang bertindak agresif, bergaduh atau cuba untuk llari semasa aktiviti dijalankan.  Anggota kejururawatan juga boleh bertindak sebagai kaunselor
    iaitu memberi nasihat kepada pesakit di samping memberi maklumat kesihatan seperti Program Psychoeducation untuk membuat penilaian atau pemantauan.
     
    Antara aktiviti yang dijalankan oleh unit ini adalah : 
     
    - Projek membuat dadih atau jelly pada setiap hari Selasa dan Jumaat.
     
    - Aktiviti domestik untuk pesakit dalam, diadakan pada setiap pagi Khamis. Aktiviti ini dijalankan di Unit Psikososial. Ianya dikendalikan oleh dua orang Jurupulih
    Cara Kerja yang mengajar pesakit-pesakit wanita cara-cara memasak makanan yang sihat.
     
    - Program Psychoeducation dijalankan pada setiap hari Rabu bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Program ini melibatkan pesakit yang         pre-discharge wad nbersama-sama ahli keluarga mereka.  Mereka akan diberi sesi kaunseling dan pendidikan untuk memahami penyakit, cara rawatan yang
    efektif serta cara-cara mengelak penyakit dari berulang serta cara-cara menangani sekiranya berlaku kecemasan. Unit ini mempunyai sebuah kelab yang dipanggil Kelab
    Jiwa Murni yang dianggotai oleh pesakit sendiri dan juga kakitangan Jabatan Psikiatri. 
     
    - Semua aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk membolehkan mereka  berfungsi seperti sedia kala setelah mereka kembali kepada keluarga dan komuniti, selain  bertukar-tukar fikiran atau berinteraksi sesama mereka.
  • Klinik ini telah beroperasi pada pertengahan tahun 2006 dan menjadi klinik yang pertama beroperasi di daerah Larut, Matang dan Selama. Sejak beroperasi
    sehingga kini ia telah menerima ramai pesakit yang ingin berhenti dari masalah ketagihan dadah heroin dan morphine. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
    juga telah bekerjasama dengan Klinik Metadon dalam memberi rawatan kepada penagih supaya mereka dapat kembali kepada masyarakat. Aktiviti kaunseling
    juga dijalankan oleh seorang Pegawai Kaunselor dari Jabatan ini. 
    • Aktiviti Klinik Metadon
    Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan untuk penagih-penagih ini dengan harapan mereka dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan
    dengan masyarakat.  Namun ada di antara mereka yang masih tidak bekerjasama dengan memberi pelbagai alasan kepada program yang dijalankan.