Jabatan Kecemasan & Trauma

  • Jabatan Kecemasan dan Trauma berfungsi 24 jam dan memainkan peranan dalam memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit bagi menyelamatkan nyawa,
    mengurangkan kesakitan dan mengelakkan komplikasi.  Ia menjadi pintu masuk utama ke hospital bagi pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan selain
    klinik pakar. Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan bagi kawasan Perak Utara yang terdiri dari Hospital Grik, Hospital Kuala Kangsar, Hospital Selama,  Hospital
    Parit Buntar, Klinik – Klinik  Kesihatan PKD Larut Matang dan Selama, PKD Kerian, Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dan juga hospital serta klinik swasta di
    sekitar Bandar Taiping.
  •  
     Menyediakan perkhidmatan kecemasan yang mudah diperolehi, cekap dan berkualiti serta berkesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan 
    Dan juga yang memerlukan rawatan untuk kecederaan akibat kemalangan.
  • PERKHIDMATAN PUSAT KHIDMAT SEPADU (OSCC)


    Pusat Khidmat Sepadu menguruskan pesakit yang menjadi mangsa penderaan dan kes-kes rogol.  Semua pesakit yang disyaki dirogol atau didera terus dibawa
    masuk ke  bilik OSCC selepas dinilai di kaunter Triage tanpa perlu menunggu di ruang menunggu.  Pesakit seterusnya akan diperiksa oleh
    Pegawai Perubatan dari semua unit yang terlibat termasuk dari Unit Peadiatrik serta O & G dan jika perlu, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad. 

     

     PUSAT KOORDINASI PERUBATAN KECEMASAN (PKPK)- PUSAT PANGGILAN KECEMASAN 999

    Hospital Taiping telah terpilih sebagai pusat panggilan kecemasan bagi kawasan Perak Utara.  Semua panggilan ambulans di kawasan
    Perak Utara akan diterima di pusat ini dan kemudiannya maklumat tersebut akan dihantar menerusi panggilan ke hospital-hospital atau klinik-klinik kesihatan yang berkaitan. 

     

    PANGGILAN AMBULAN KECEMASAN

    Jabatan Kecemasan dan Trauma menyediakan perkhidmatan ambulans kecemasan yang diperlukan di sekitar Bandar Taiping dan kadangkala menjangkau
    ke daerah berhampiran apabila ketiadaan ambulans di Klinik Kesihatan.