Jabatan Anestesiologi

 

  • Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi adalah jabatan yang menyokong fungsii jabatan-jabatan klinikal yang lain.Pada awal penubuhannya jabatan ini memberi
    perkhidmatan kepada kesemua jabatan berasaskan pembedahan, namun dengan pembukaan Unit Rawatan Rapi pada bulan April 1997, jabatan ini mula meluaskan
    perkhidmatan meliputi kesemua jabatan klinikal di Hospital Taiping. Perkhidmatan jabatan terus berkembang dengan menawarkan perkhidmatan“Acute Pain Service
    ”(APS) pada tahun berikutnya dan seterusnya Klinik Anestesia yang akan membuka ruang kepada mulanya perkhidmatan “Day Care Anaesthesia” dan“Day of
    Surgery Admission”. Bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat dan memuaskan, aktiviti-aktiviti audit dan peningkatan kualiti dijalankan secara
    berterusan.Jabatan juga terlibat secara aktif melatih anggota dari pelbagai kategori dan di pelbagai peringkat juga melibatkan diri secara aktif dalam penyelidikan
    klinikal, peningkatan kualiti dan pembentangan di peringkat hospital, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Taiping berusaha menyediakan perkhidmatan anestesia, rawatan rapi, rawatan pengendalian kesakitan
    dan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan, yang bertaraf tinggi dan selamat, untuk komuniti, dan menyepadukan semua ini dengan disiplin-disiplin klinikal
    lain dengan cara yang holistik, berperikemanusiaan dengan menitik-beratkan isu-isu maruah.
     
    1. Menyediakan perkhidmatan anestesia, rawatan intensif dan rawatan kesakitan serta perkhidmatan berkaitan, yang berkualiti tinggi dan

             selamat sesuai dengan perkembangan teknologi dan pengetahuan perubatan dan permintaan masyarakat. 

    1. Memberi kesedaran kepada pesakit, masyarakat dan pengamal-pengamal perubatan lain tentang anesthesia dan peranan yang mainkan

            oleh setiap anggota jabatan anestesiologi dan rawatan rapi, dalam rawatan dan seterusnya pemulihan sesaorang pesakit. 

    1. Melanjalankan aktiviti-aktiviti “Continuous Professional Development” dengan aktif untuk kesemua kategori anggota di jabatan kerana

            kami yakin, aktiviti-aktiviti seumpama ini mampu memperbaiki kualiti dan keselamatan penjagaan pesakit seterusnya meningkat taraf

            perkhidmatan. 

    1. Menggalakkan kerja berpasukan dan hubungan kerja cemerlang di antara semua anggota dari perbagai di jabatan. 

    2. Menjalankan aktiviti-aktiviti audit dan peningkatan kualiti secara berterusan dan menjadikan aktiviti-aktiviti ini sebagai budaya kerja

            di jabatan, kerana ia boleh dijadikan alat untuk meningkatkan taraf perkhidmatan. 

    1. Menjalankan penyelidikan-penyelidikan peningkatan kualiti dan klinikal, termasuk penyelidikan “clinical drug trials” untuk ubat-ubatan

            yang baru yang akan didaftarkan (phase III and phase IV drug trial)

     


     

     

     

     

  • Perkhidmatan

    1. Perkhidmatan-Perkhidmatan Peri-Anestesia“Peri-Anaesthetic Services
      1. Klinik Anestesia “Anaesthesia Clinic
        1. Pre-Anaesthetic Assessment Clinic
        2. Clinic for Daycare and Day of Surgery Admission
        3. Referral for Anaesthetic Complications
    1. Pengendalian Anestesia di Dewan Bedah Utama “Anaesthesia Inside Main Operation Theatre
    2. Pengendalian Anestesia di Luar Lingkungan Dewan Bedah Utama “Anaesthesia Outside Main Operation Theatre
      1. Pengendalian anesthesia untuk “Electroconvulsive Therapy” di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
      2. Pengendian anesthesia untuk prosedur-prosedur yang dijalankan di Jabatan Radiologi dan Pengimejan Diagnostik
    3. Day Care Anaesthesia
    4. Perkhidmatan Rawatan Intensif (“Intensive Care Service”)
    5. Perkhidmatan Anestesia Subkepakaran (“Subspecialty Anaesthetic Services”)
      1. Obstetric Anaesthesia and Analgesia Services
    1. Perkhidmatan Pengendalian Kesakitan ( “Pain Management Services”)
      1. Acute Pain Management Service” APS
      2. “Chronic Pain Management”
  • Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi juga terlibat dalam Aktiviti-Aktiviti Peningkatan Kualaiti samada di peringkatan hospital atau kebangsaan.
    Antara aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti utama dijalankan di jabatan adalah: 
    1. Kajian Kepuasan Pelanggan
    2. Malaysian Patient Safety Goals
      • Safe Surgery Safe Lives Initiatives
      • Ventilator Associated Pneumonia and Central Venous Catheter related bloodstream infection
      • Healthcare associated pressure ulcer
    3. Malaysian Registry of Intensive Care Audit Activities
      • National Adult Intensive Care Audit
      • Ventilator Care Bundle” dan “Ventilator Associated Pneumonia Audit
      • Central Venous Catheter Care Bundle” dan “Catheter Related Blood Stream Infection Audit
      • Early Mobility in the Intensive Care Compliance Audit
    4. “SSKIN Care Bundle and Healthcare Associated Pressure Ulcer”
    5. Key Performance Indicator” dan “National Indicator Approach
    6. Credentialing and Privileging