Permohonan Laporan Perubatan

  • GARIS PANDUAN LAPORAN PERUBATAN BAGI HOSPITAL-HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN.

    1. Permohonan Laporan Perubatan
      1. Laporan Perubatan
        • Laporan perubatan ialah laporan yang disediakan oleh pegawai perubatan mengenai masalah kesihatan dan rawatan yang diperolehi oleh individu semasa di hospital atau kemudahan kesihatan.
        • Permohonan diterima dari:-
          • Pesakit
          • Waris
          • Majikan Pihak-pihak tertentu
        • Tujuan laporan di pohon adalah untuk:-
          • Insuran
          • Pampasan
          • Perundangan
          • Pemeriksaan lembaga perubatan
          • Siasatan
          • Kajian dsb.
        • Laporan akan dikeluarkan oleh hospital di mana pesakit menerima rawatan.
        • Sumber maklumat untuk penyediaan laporan perubatan adalah rekod perubatan pesakit. Oleh itu laporan perubatan seperti juga rekod perubatan , diklasifikasikan sebagai “sulit” secara pentadbiran.
        • Bagi laporan atau pandangan kedua daripada pakar KKM bagi rawatan yang dijalankan oleh pihak swasta, pakar berkenaan hanya boleh menyediakan laporan berpandukan kepada maklumat / dokumen / salinan.
        • rekod perubatan yang dikemukakan oleh pesakit. Permohonan sedemikian hendaklah dikategorikan dan diuruskan sebagai laporan perubatan.
      2. Pemohon
        • Pesakit yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh memohon sendiri laporan perubatan
        • Bagi pesakit yang berumur bawah 18 tahun ataupun pesakit yang tidak sedarkan diri, kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia, laporan perubatan boleh dipohon oleh waris terdekat seperti suami. Isteri, anak, ibubapa, dan adik beradik. Pemohon perlu menyertakan dokumen yang berkenaan sebagai bukti pertalian keluarga.
        • Laporan perubatan yang dipohon dari pihak lain hendaklah disertai dengan surat izin pesakit atau bagi pesakit berumur 18 tahun , pesakit yang tidak sedarkan  diri, kurang upaya mental ataupun meninggal dunia, surat izin dari waris terdekat perlu disertakan.
        • Permohonan laporan perubatan dari mana-mana pihak bagi pesakit warganegara asing yang tidak dapat dikesan, sekiranya waris juga tidak dapat dihubungi, maka permohonan perlu disertakan dengan surat izin dari pihak Kedutaan Negara berkenaan.
        • Keizinan pesakit ataupun waris tidak diperlukan bagi laporan perubatan yang dipohon oleh agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk mendapatkan laporan perubatan seseorang individu, sebagai contoh jabatan Polis dan Mahkamah.
      3. Prosidur memohon
        • Pesakit atau wakil yang memohon bagi pihak pesakit hendaklah mengemukakan maklumat lengkap seperti yang terdapat di dalam borang permohonan. (Klik di Sini untuk Borang permohonan Laporan Perubatan)
        • Semua permohonan untuk laporan perubatan perlu dikemukakan ke jabatan Rekod Perubatan di hospital di mana pesakit menerima rawatan. Seberapa boleh pessakit hendaklah hadir sendiri ke jabatan rekod perubatan untuk membuat permohonan.
        • Sekiranya melibatkan bayaran, permohonan hendaklah disertakan dengan bayaran samada secara tunai ataupun dengan cek berpalang mengikut kadar yang ditetapkan. Resit akan dikeluarkan sebagai bukti bayaran.
        • Sekiranya bukan pesaskit yang memohon, maka permohonan hendaklah disertakan dengan surat izin pesakit. Surat izin yang dikemukakan hendaklah menyatakan dengan jelas nama pemohjon yang diberi izin, nama, tandatangan dan nombor kad pengenalan pesaskit atau waris yang memberi izin dan nama, tandatngan serta nombor kad pengenalan saksi. Surat izin hanya boleh digunakan untuk satu kali pemohonan sahaja.
      4. Borang / dokumen yang diperlukan
        • Pemohon hendaklah menyertakan maklumat lengkap seta mengemukakan dokumen berikut ( mana yang berkenaan)
          • Surat izin yang ditandatngani pesakit  ataupun waris
          • Salinan kad rawatan pesakit atau kad temujanji / salinan permit kubur / salinan sijil kematian pesakit.
          • Salinan dokumen pengenalan diri pemohon contohnya kad pengenalan / passport / sijil kelahiran.
          • Salinan sijil nikah pemohon ( contoh bukti pertalian keluarga).
          • Surat akuan sumpah dari pesuruhjaya sumpah
          • Surat izizn kedutaan bagi warganegara asing
          • Borang laporan perubatan (sekiranya terdapat borang spesifik yang perlu digunakan, spt borang insuran , Perkeso dsb.
          • Resit bayaran ( akan diberi oleh Unit hasil , selepas bayaran dibuat)
      5. Bayaran / caj yang dikenakan
        • Bayaran yang dikenakan kepada pemohon untuk laporan perubatan adalah seperti yang ditetapkan dalam perintah Fee ( Perubatan) 1982 dan Perintah Fee ( perubatan) pindaan 2003 – bagi warganegara asing.
        • Bayaran laporan ringkas oleh pakar ataupun laporan terperinci oleh pakar akan dikenakan sekiranya pemohon membuat permohonan untuk mendapatkan laporan pakar.
        • Permohonan untuk laporan terperinci oleh pakar akan dikenakan bayaran mengikut yang dinyatakan dalam Perintah Fee 9 perubatan) 1982 iaitu diantara RM 200- RM 1,000 ( 2 kali ganda bagi warganegara asing). Bayaran sebenar akan ditetapkan oleh pihak hospital berdasarkan kerumitan dan tempohmasa yang diambil oleh pakar bagi menyediakan laporan berkenaan. Panduan menetapkan bayaran untuk laporan terperinci pakar adalah seperti di lampiran 2.
        • Permohonan untuk mendapatkan laporan perubatan yang telah pernah dikeluarkan akan dikenakan bayaran setengah dari bayaran asal. Permohonan untuk mendapatkan laporan yang lebih lengkap dan terperinci akan dianggap sebagai permohonan baru . Oleh itu dikenakan bayaran penuh.

    KADAR BAYARAN LAPORAN PERUBATAN

    Kadar Bayaran Laporan Perubatan
    Bil Jenis Laporan Kadar Bayaran
    1

    Laporan perubatan biasa oleh Pegawai Perubatan

    RM 40.00

    2

    Laporan perubatan biasa ( laporan ringkas pakar) disediakan oleh pakar

    RM 80.00

    3

    Laporan perubatan terperinci disediakan oleh pakar – mengikut kerumitan.

    RM 200.00 – 1000.00

    4

    Bagi Warga Negara asing caj laporan perubatan adalah 2 kali ganda.

     
    5

    Laporan perubatan dipohon oleh Pihak Polis / mahkamah

    Percuma

    6

    Laporan perubatan dipohon oleh Jabatan kerajaan

    Percuma

    7

    Laporan penjelasan

    Percuma

     

     

    Panduan bagi menetapkan bayaran bagi laporan terperinci Pakar ( tidak termasuk Laporan Bedah siasat)
     Bil Jenis Laporan Kadar Bayaran
     1 Penyediaan Laporan Perubatan di mana maklumat pesakit diperolehi dari rekod perubatan tanpa pemeriksaan lanjut ke atas pesakit RM 200
     2 Penyediaan Laporan Perubatan termasuk status terkini keadaan pesakit dan pendapat berhubung dengan kemajuan penyakit di mana pesakit perlu datang semula untuk pemeriksaan lanjut  RM 400
     3 Penyediaan Laporan Perubatan termasuk status terkini keadaan pesakit dan pendapat berhubung dengan kemajuan penyakit di mana pesakit perlu datang semula beberapa kali untuk pemeriksaan lanjut  RM 600
     4 Penyediaan Laporan Perubatan termasuk status terkini keadaan pesakit dan pendapat berhubung dengan kemajuan penyakit di mana pesakit perlu masuk wad untuk penilaian, pemerhatian dan penyiasatan lanjut sebelum pendapat Pakar diperolehi  RM 800
     5 Penyediaan Laporan Perubatan termasuk status terkini keadaan pesakit dan pendapat berhubung dengan kemajuan penyakit dan juga hasil siasatan dari hospital yang dirujuk, di mana pesakit perlu dirujuk ke hospital lain untuk penyiasatan lanjut sebelum pendapat pakar boleh diperolehi.  RM 1000.00