Perutusan Pengarah

 

Selamat melayari Laman Web Hospital Taiping,Perak. Hospital ini adalah salah satu hospital daerah yang moden dan lengkap bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk daerah Taiping serta menjadi rujukan bagi klinik-klinik yang terdapat di daerah ini. Hospital Taiping ini merupakan hospital daerah  yang ke dua terbesar di negeri Perak.

Seiring dengan teknologi terkini, Hospital Taiping telah berjaya membangunkan laman web yang dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat yang boleh dilayari tanpa had dan sempadan. Segala pertanyaan, kemusykilan, aduan dan komen boleh dilakukan secara atas talian.

 Laman web ini juga boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat berguna berkenaan dengan bayaran serta aktiviti semasa di Hospital Taiping. Bukan sahaja untuk warga tempatan atau kakitangan sahaja malahan warga asing juga boleh melayari laman web ini bagi mendapatkan maklumat terkini tentang bayaran dan maklumat tentang Hospital Taiping.

Pandangan dan cadangan amat-amat dialu-alukan bagi penambahbaikan laman web Hospital Taiping. Semua ini akan menjadi peniup semangat kepada semua anggota Hospital Taiping  untuk melaksanakan kerja dengan lebih efisien dan lebih berdaya saing bagi melahirkan anggota Kementerian Kesihatan yang cemerlang dari segala aspek.

Kami akan berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada masyarakat di daerah ini dan memastikan taraf kesihatan masyarakat dapat ditingkatkan dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan sejajar dengan maksud visi, misi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga visi, misi Hospital Taiping.                                    

 Sekian, terima kasih

 

DR. HAJAH NARIMAH BINTI YUSOF
Pengarah Hospital Taiping